Sunday, February 15, 2015

Suatu masa di Perth



Antara yang berkulat dalam list.  Mahunya tak, aku ke Perth tahun 2006.  Satu destinasi yang aku terteroka secara kebetulan.  Tak banyak cerita yang boleh share sebab walaupun kat sana seminggu, 5 hari darinya atas urusan kerja.  

Di  hujung business trip bos bagi satu malam percuma (1 malam hotel bos bayar & kos untuk reschedule return tiket).  Rasa nak peluk bos aku (sekarang dah jadi bekas bos) masa tu sebab aku betul-betul penat di hujung business trip and perlu vacation walaupun yang singkat.

Sebelum tu aku nak belanja beberapa keping gambar Perth city.  Kualiti gambar tak berapa elok; aku guna kamera murah.






Nama tempat, bangunan semua aku dah lupa tapi semua ni letak
ditengah-tengah bandar.  Aku memang tak sempat merayau sebab 
hampir setiap malam kena join dinner company.


Aku sempat merasa naik Swan River Cruise.  Itupun sebab company aku sewa the whole boat untuk client dinner.  Aku menumpang ajelah tapi itu lah one of the best memory di Perth.  Aku enjoy sangat-sangat.

Nama boat Captain cook


Aku dan 2 lagi colleagues stay behind manakala yang lain bertolak balik ke KL sabtu pagi.  Dengan berbekalkan masa 1 1/2 hari yang ada, kitaorang decide nak pergi tempat dekat-dekat aje; Caversham Wildlife Park & Freemantle.  Ini first trip aku ke Australia dan aku teringin nak tengok kangaroo. 


Preparation memang tak berapa ada, maka aku dan 2 lagi colleagues ambik keputusan untuk ambik taxi ke Caversham.  Kami bertolak awal-awal pagi sebab salah sorang dari colleague aku akan bertolak balik ke KL petang tu juga.  Perjalanan ke Caversham ambik masa dekat sejam jugak dan tak silap aku, taxi fare dalam AUD80 dua hala.  Nasib baik bertiga, maka kitaorang share duit teksi.

Pejalanan ke caversham Park

Berbunga-bunga hati dapat jumpa kangaroo.  Rasa serupa macam 
jumpa bakal mak mertua buat kali pertama

 Kangaroo menyeksi 

Aku agak anak kangaroo tu jenis yang tidur tak suka cerah, sebab tu muka kedalam & kaki keluar



Koala.  Kata orang kaola tidur 20-22 jam sehari.  Malas macam pak pandir.

 Adegan peluk memeluk dengan wombat.  Nganga mulut wobmat suka kena peluk 
dengan aku tapi aku kat belakang menahan nafas sebab wombat tu berat dari aku.

Ni lagi satu adegan kelakar.  Lepas je kawan aku snap gambar ni, brother camel tu 
datang patuk kepala aku. Trauma aku lepas tu. 


Apapun, Caversham park memang best.  Haiwan-haiwan kat sini duduk dalam closure yang besar dan sebagai pencinta haiwan, aku tumpang gembira untuk dia orang.  Itulah sepatutnya zoo di Malaysia praktis.  

Kitaorang berpatah balik ke Perth city tengahari sebab salah sorang kawan aku nak kejar flight balik KL pukul 4 petang. 

Sebelah petang kitaorang naik train ke Freemantle.  Small & quiet town.  Aku macam terpinga-pinga sekejap sebab aku bayangkan selama ni Freemantle ni bandar besar.  Kitaorang berjalan-jalan di sekitar town dan beli souvenier sikit-sikit.  Masa ni belum tahu yang Freemantle famous dengan fish & chip.  Kalau tak mesti aku dah cari.  





Nice trip.  Aku enjoy hari tu sangat-sangat walaupun malam tu aku terlentang dalam bilik sebab pancit.  Esoknya aku dan kawan aku decide nak berlegar-legar di Perth city sahaja sebelum berlepas ke airport untuk flight petangnya.


Antara tempat yang aku tak sempat nak pergi tapi wish nak pergi masa kat Perth adalah King's Park.  Ada kawan-kawan yang sempat pergi di hari pertama kat Perth tapi aku tak sempat.  Kalau ada rezeki dapat ke Perth lagi, insyaallah aku akan ke King's Park dan tempat-tempat famous lain.


King's Park.  Sumber ihsan dari kamera kawan aku


Perth is a nice city.  Aku harap dapat peluang nak ke sana lagi.   Tahun lepas hampir nak terbeli tiket AA ke Perth untuk hujung 2015 sebelum aku decide tukar haluan ke tempat lain.  So kalau korang jumpa tiket AA Perth rege RM99 return bagitau aku tau.  



11 comments:

  1. kamera murah pun gambar ttp hebat, BK hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Zilla. Xsilap aku kamera tu harga RM388, beberapa MP aje spec dia. Sebelum tu lagi lah, aku cuma pakai kamera free dari Installation Astro. Pakai bateri biasa. Baru amik gambar 5 keping, bateri dah kering. Asyik beli bateri aje. Itu yang sudahnya beli kamera RM388 ni

      Delete
  2. nasib baik ada lagi gambar tahun 2006 tu..kalau saya, macam dah hilang je. walaupun dah lama dulu, gambar masih cantik. Betul, saya pun teringin nak pergi perth jugak. Last year jumpa jugak tix return RM 7 ratus, tapi pun tak terbeli sebab beli p tempat lain hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dzuchan.. sib baik ada teknologi hardisk dgn flickr. itu tempat aku simpan gambar. Ahh.. aku ada nampak return tix RM700 tu. Tangan mmg gatal nak klik beli tapi tah macamana terbeli tiket gi Korea. Gara2 autumn. Perth Nice tapi aku personally lagi suka Adelaide. Maybe sebab aku cuma sempat spend 2 hari kat Perth.

      Delete
  3. Ada ke tiket RM99 tu? Nak beli borong la kalu terjumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tahlah SIti. Setakat ni paling murah 299 satu hala. Mana tahukan.. rezeki.

      Delete
  4. Kawan aku tengah xde idea nak gi mana kat Perth...aku suruh baca blog2 orang. Including urs. Saja cakap kat dia orang yang datang kursus pun sempat je gi tengok kangaru bagai. Semangat kawan tu dengar. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. aku bagi setengah hari pun lenjan Bie. Dah jenis takleh duk diam :). Perth kecik aje, mesti sempat dia gi banyak tempat. Sepupu aku baru balik Perth, sempat merayau seluruh pelusuk sebab sewa kete

      Delete