Post-post yang satu trip Spring 2015
Western Europe 2015- Intro
Netherlands - Intro
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem
Netherlands - Part2 - Amsterdam city
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1
Munich - Part2
Switzerland - Intro Part1
Switzerland - Intro Part2
Lucerne - Part1
Lucerne - Part2
Grindelwald - Intro
Grindelwald - Kleine Sheidegg
Grindelwald - Jongfraujoch
Interlaken
Spiez
Lauterbrunnen- Part1
.. Sambungan dari entry lepas
Selesai makan tengahari dan melalukan perkara-perkara wajib, kita mengorak langkah. Menengokkan langit yang sedikit mendung aku cadangkan pada CK untuk kansel terus planned trip ke Schiltorn dan sebaliknya ke Staubbach Waterfall dan mungkin panjat gua yang kat belakang waterfall. CK tak banyak songeh. Dia ok dengan apa saja cadangan aku.
Makanya kitaorang membelok ke kiri dari hostel. Berjalan menuju ke arah Staubbach Waterfall. Lebih kurang 10 minit, tiba-tiba matahari memancar dan aku dah terkelu. Aku pandang CK, CK pandang aku dan kemudiannya sepakat nak berpatah balik ke arah train station untuk naik ke Schiltorn.
Sekali lagi cuba beramah mesra dengan station master. Station master bagitau, cuaca makin elok di atas sana tapi bukanlah di tahap maksimum. Makanya kitaorang gamble untuk naik dulu hingga ke Mürren. Dalam iternary aku ada tulis boleh naik ke Mürren dengan bas tapi bila aku buat CSI, aku sebenarnya confuse betul ke ada bas yang boleh naik setinggi Mürren (1634m dari paras laut atau 800m lebih tinggi dari Lauterbrunnen). Makanya kitaorang ambik pilihan kedua iaitu cable car.
Photo Credit: CK
Kitaorang beli tiket return Lauterbrunnen-Mürren dahulu dan tiket naik ke Schiltorn perlu beli di stesen cable car di Mürren karang. Aku dah lupa harga tiket dan kalau tak silap aku harganya berpatutan dan taklah terlalu mahal. Perjalanan akan ada 3 phase. Phase pertama naik cable car dari Lauterbrunnen ke Grutschalp dan phase kedua naik train biasa dari Grutschalp ke Mürren. Phase ke 3 dan terakhir, naik cable car dari Mürren ke Schiltorn.
Orang tak ramai dan satu cable car cuma aku bertiga, satu family yang anaknya macam anak patung dan beberapa orang Mürren yang turun ke Lauterbrunnen untuk shopping groceries.
Inilah rupanya cable car Lauterbrunnen- Grutschalp. Yang bestnya cable car ni bergerak
secara horizontally. Memang lain dari yang lain dan bila tiba part cable yang steep
memang rasa seriau. Satu pengalaman yang cukup seronok walaupun sikit gayat
memang rasa seriau. Satu pengalaman yang cukup seronok walaupun sikit gayat
Scenery dari dalam cable car ke Grutschalp
Inilah budak yang rupa macam anak patung barbie tu.
Comel sungguh sampai tak berkelip aku tengok.
Comel sungguh sampai tak berkelip aku tengok.
Train dari Grutschalp ke Mürren. First tengok, ingatkan train lama yang di pamer,
rupa-rupanya train itulah yang telah bawak kitaorang dari Grutschalp - Mürren
- Grutschalp. Tapi jangan risau, walaupun buruk, seperti mana-mana
pengangkutan awam lain di Switzerland, train dia bersih.
Mürren station & sekitar
Mürren yang berlatar belakangkan Mönch mountain kalau tak silap
Aku share info mengenai Mürren
Mürren is a traditional Walser mountain village in Bernese Oberland, Switzerland, at an elevation of 1,650 m (5,413 ft.) above sea level and unreachable by public road. Tourism is popular through the summer and winter; the village features a view of the three towering mountains: Eiger, Mönch, and Jungfrau. Mürren has a population of just 450, but has 2,000 hotel beds.
Mürren – a former settlement of people from the Lötschen valley in the Valais, which still remains recognisable today from the design of the houses and the pronunciation of the Mürren dialect – is the highest, continually inhabited village settlement in the canton of Bern and lies on a terrace at 1650 metres, high above the Lauterbrunnen valley.
At the end of the 1960s, the makers of the Bond film “On Her Majesty’s
Secret Service” were immediately taken by the futuristic revolving
restaurant on the Schilthorn: the scenes involving the imaginary ‘Piz
Gloria’ had to be shot here… The film became a great success, the
Schilthorn cableway and the revolving restaurant equally so. The
magnificent 360° panorama from the summit takes in the world-renowned
Alpine triumvirate of the Eiger, Mönch and Jungfrau, reaching right to
Mont Blanc and into the Black Forest.
The mountain with its breathtaking panoramic views is today one of the top attractions of the Jungfrau region. Lying at the foot of the Schilthorn, Mürren has nevertheless remained a cosy mountain village.
Sumber: myswitzerland.com
Beliau masih sempat meluru ke arah ais yang cuma tinggal
sejemput untuk main. Inilah namanya ketagih
sejemput untuk main. Inilah namanya ketagih
Dari Mürren station, kitaorang berjalan merentasi pekan Mürren untuk ke cable car station ke Schiltorn. Mulanya aku ingatkan dekat tapi rupanya tak berapa dekat. Baby SJ yang sememangnya nampak keletihan dari Lauterbrunnen dah merungut penat dan mintak aku dukung. Masa inilah baru rasa menyesal aku tinggalkan stroller di hostel.
Kali kedua dan terakhir dalam trip ni beliau menangis sebab letih
(kali pertama masa di Jungfraujoch)
(kali pertama masa di Jungfraujoch)
Makanya separuh nyawa aku digunakan untuk dukung baby SJ dan bila CK cadangkan kitaorang kanselkan plan untuk naik ke Schiltorn, aku terpaksa akur. Aku yang memang bercita-cita dari awal nak naik ke tempat pengambaran James Bond terpaksa berputih mata gara-gara dah tak larat nak dukung baby SJ ke station cable car. Nasib baik lah aku dah berjaya menyentuh Jongfraujoch beberapa hari lepas makanya tahap keberkilanan masih di tahap boleh pujuk hati.
Pekan Mürren. Aku suka gila dengan keunikan pekan ni. Semua (atau hampir semua) building
di perbuat dari kayu dan nampak klassik gila. Tapi bukan sebarang klassik. High Class
punya klasik. Aku memang tak mampu beli apa-apa kat situ. Perasan tak, takde kereta
lalu-lalang. Pekan Mürren di sebut-sebut sebagai an almost 'carfree' town.
di perbuat dari kayu dan nampak klassik gila. Tapi bukan sebarang klassik. High Class
punya klasik. Aku memang tak mampu beli apa-apa kat situ. Perasan tak, takde kereta
lalu-lalang. Pekan Mürren di sebut-sebut sebagai an almost 'carfree' town.
Schiltorn dari Murren. Dekat tapi jauh. Sambil terkilan sambil
tergiang-giang muzik James Bond di telinga. Heheh.
Sebaik sahaja kitaotrang buat keputusan nak kansel plan naik ke Schiltorn, segala kekalutan dan stress reda. Selepas seketika, kitaorang berpatah balik ke arah Mürren station untuk turun ke Grutschalp. Kali ni berjalan dengan kadar yang sangat steady sebab dah tak ada apa nak di kejarkan. Lagipun aku masih kena dukung baby SJ on-off.
Sampai di Grutschalp kitaorang decide untuk tak nak naik cable car dulu. Berlegar2 di Grutschalp platform sekejap sambil biar Baby SJ berehat di bangku. Sedar-sedar Baby SJ dah tertidur di bangku. Penat sangat.
Di Grutschalp station. Beliau tertidur si bangku sementara menunggu cable car.
Grutschalp Paltform
Dari Grutschalp station. Pada amatan aku itu adalah pekan Wengen
Lauterbrunnen dari cable car masa on the way turun
Sempat mengendap kucing orang yang tersangat hensem (kucingnya, bukan orangnya)
Sesampai di Lauterbrunnen, sempat sekali lagi masuk COOP beli aiskrim dan kemudiannya baru balik ke hostel. Esok pagi-pagi kitaorang akan meninggalkan Lauterbrunnen untuk satu perjalanan yang jauh. Sampai di hostel siang masih ada, makanya sempatlah menikmati keindahan Lauterbrunnen buat kali terakhir.
24 jam terasa macam hanya beberapa jam dan aku rasa tak cukup puas spend masa di sini. Dalam hati mula menyesal tak spend sekurang-kurangnya sehari lagi di bandar air terjun ni. Terkilan juga sebab banyak benda tak sempat nak di buat. Apapun Lauterbrunnen menyajikan satu pengalaman yang sangat indah. Highly recommended bagi yang berhajat ke Switzerland.