Aku taksub sikit dengan tempat ni. Setiap kali aku datang Paris, inilah tujuan utamanya. Jika CK berhajat untuk ke Paris untuk Eiffel Tower, Palace of Versailles pulak tujuan aku. Makanya kitaorang meredah hujan sepanjang di Versailles. Mahu tak mahu, itu aje lah pilihan yang ada.
Dulu hajat nak tengok Palace of Versailles masa autumn, kali ni teringin nak tengok masa Spring. Kalau korang nak baca post pengenalan dan cerita pasal Palace of Versailles masa autumn, boleh klik SINI.
Cara nak ke Versailles boleh refer post lama; klik SINI. Tiket masuk masih sama macam 2012 iaitu €19. Sekali lagi aku tak beli di entrance masuk istana sebab aku nak elak dari kena beratur panjang masa nak beli tiket. Aku beli di kedai Souvenier yang letak dia on the way ke arah gate Istana.
Lepas beli tiket tanpa berlengah kitaorang terus berjalan ke gate istana. Hujan memang agak lebat & sejuk tak usah cerita. Sesampai di kawasan istana, nah.. kitaorang di sajikan dengan barisan orang beratur nak masuk dalam 300m. Macam ular kena palu sebab barisan terpaksa dilipat-lipat nak bagi ikutan turutan. Nak back off pun dah terlambat. Tiket dah beli & hajat dah berapi. Dekat sejam jugaklah kitaorang beratur dalam hujan. Nasib baik masing-masing ada baju hujan. Apapun kasut memang hancur dari awal sebab baju hujan tak cover sampai kasut.
Inilah rupanya queue yang macam ular kena palu
Bangunan The Grand Palace. Semua orang berpayung dan berlari dari satu pintu ke satu pintu
1. The Grand Palace
Main attraction ada The Grand Palace iaitu bangunan istana dan dalamannya. Lagipun ini lah masanya untuk merasa masuk dalam istana. Satu lagi, ini lah satu-satunya tempat yang kering hari tu.
Tahun 2012 Baby SJ meragam masa datang sini dan aku tak sempat nak temgok banyak. Kali ni dia dah besar dan dah boleh di bawa berbincang walaupun dia masih tak suka museum. Hari tu kitaorang berjaya cover sekitar 2/3 museum tapi ada tempat memang tak boleh masuk lecuali kalau kita ambik special guide. Kitaorang tak mampu jadinya nganga ajelah. Yang paling aku terkilan aku tak berjaya tengok Opera Hall.
Bagi yang nak tahu cerita detail setiap pelusuk dan sudut istana, dia orang ada sediakan audio equipment secara percuma. Korang boleh dengar sambil berjalan. Aku tak dapat guna hari tu sebab berebut dengan Baby SJ (kanak-kanak dia orang tak bagi pulak).
Main hall dari 1st floor
Main hall dari ground floor. Agaknya ni lah tempatnya diaorang berparti dulu-dulu
Salah satu hall lagi
Paintings merata-rata. Istana yang sangat mewah
terfikir betapa sengsaranya hidup di zaman dulu dan jadi rakyat bawahan macam kita.
Antara ratusan statues. Part ni aku memang struggle. Baby SJ demand untuk
tahu bagaimana setiap orang yang statue tu meninggal. Satu dua ok lagi nak
reka cerita. Bila dah masuk beratus aku kering idea. Sampai cerita mati
sebab terpijak paku pun ada. Paling selamat heret dia keluar.
tahu bagaimana setiap orang yang statue tu meninggal. Satu dua ok lagi nak
reka cerita. Bila dah masuk beratus aku kering idea. Sampai cerita mati
sebab terpijak paku pun ada. Paling selamat heret dia keluar.
Bila aku dan CK dah tak tahu nak reka cerita pasal orang mati, kitaorang cepat-cepat heret Baby SJ keluar dari The Grand Palace. Sampai luar, hujan masih lebat. Pilihan ada dua, redah hujan untuk tengok apa yang di hajati ataupun jalan balik ke Station train untuk pegi ke destinasi berikutnya. Jaminan tak basah memang tak ada sebab seluruh Paris memang hujan lebat hari tu. Kitaorang pilih pilihan pertama.
Untuk kurangkan sikit impact kena hujan, kitaorang ambik keputusan untuk ambik mini train dalam kawasan istana. Aku dah lupa harga exact tiket tapi sekitarEuros 4-7. Mahal sebenarnya untuk poket sempit kitaorang tapi tak ada banyak pilihan.
2. The Gardens
Kali ni tengok The Gardens dari jauh je. Mini train tak pulak lalu menyeluruh dan kitaorang tak larat nak meredah hujan lagi. So tengok dari jauh aje lah.
3. The Grand Trianon
The Grand Trianon adalah dewan makan yang besar. Sekali lagi aku tak berjaya masuk. Hujan di tambah dengan nak cepat untuk lari ke Eiffel Tower.
Kali ni tengok The Gardens dari jauh je. Mini train tak pulak lalu menyeluruh dan kitaorang tak larat nak meredah hujan lagi. So tengok dari jauh aje lah.
The Grand Canal. Dia orang tengah cat balik statues, maybe persediaan untuk summer's visitor
Hijau yang memukau
3. The Grand Trianon
The Grand Trianon adalah dewan makan yang besar. Sekali lagi aku tak berjaya masuk. Hujan di tambah dengan nak cepat untuk lari ke Eiffel Tower.
Aku suka pintu dan dindingnya
Cuba compare 2 gambar di bawah
Spring 2015
Autumn 2012
4. Marie Antoinne's Estate
Favourite aku. Estate yang di hadiahkan oleh raja kepada permaisuri dia Marie Antoinne yang asalnya orang kebanyakan. Estate inilah di jadikan Marie sebagai tempat persembunyian dia. Tempat ni sangat unik yang mana setting asal masih di kekalkan termasuklah masih ada aktiviti perladangan. Kitorang meredah Marie Antoinne's estate dalam hujan sebab mini Train tak masuk dalamnya.
Kawasan estate besar jugak, macam separuh kampung kita.
Balairong?
Peralatan untuk kerja-kerja ladang
Ternakan
Bunga & hujan.. sinonim dengan spring
Dulu aku tak perasan ada benda ni. Best gila tempat ni. Ada banyak tempat
nak sembunyi. Sangat sesuai untuk orang anti-sosial macam aku
nak sembunyi. Sangat sesuai untuk orang anti-sosial macam aku
Antara yang menarik hati aku lagi
Kitaorang keluar dari chateau dah pukul 5 lebih. Masih hujan. Baju, seluar & kasut dah basah. Aku dah tak peduli sangat. Kitaorang jalan balik ke train station dan sempat berenti makan ais krim. Kemudian ambik train ke Trocadero untuk ke Eiffel Tower.
Cerita Chateau of Versailles akan menutup menutup trip Europe 2015 kitaorang. 16 hari yang padat. Ada yang berjaya buat, ada juga yang tak berjaya. Macam yang aku pernah tulis dulu, masa buat iternary gila kuasa, lupa umur dan lupa masa yang ada. Apapun rasanya overall, 80% achieved. Aku risau CK kecewa tak dapat cover semua sebab kebanyakan masalahnya datang dari pihak aku yang bawak budak kecik tapi CK ok aje. Not too bad untuk first time bawak budak kecik tanpa pembantu. Aku akan tulis satu wrap up entry kemudian hari untuk cerita serba sedikit tentang expenses.
**Nota kaki:
My thoughts with innocent people and innocent muslims at this hard time.
Aku teringat kat Mr Solehuddin & family (RER station Bibliotheque Francois Mittereand employee)
Aku teringat kat Mr Solehuddin & family (RER station Bibliotheque Francois Mittereand employee)
#prayforinnocentmuslimsworldwide
#prayforworldpeace
Post-post yang satu trip Spring 2015
Western Europe 2015- Intro
Netherlands - Intro
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem
Netherlands - Part2 - Amsterdam city
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1
Munich - Part2
Switzerland - Intro Part1
Switzerland - Intro Part2
Lucerne - Part1
Lucerne - Part2
Grindelwald - Intro
Grindelwald - Kleine Sheidegg
Grindelwald - Jongfraujoch
Interlaken
Spiez
Lauterbrunnen- Part1
Lauterbrunnen - Part-2
Panoramic-train-interlaken-montreux
Geneva
Paris - Intro
Paris City - Part 1
Paris City - Part 2