Wednesday, January 28, 2015

Day trip ke Røros, the UNESCO World Heritage site




Røros adalah Unesco World Heritage site yang letaknya dalam 150km dari Trondheim atau 2 1/2 jam dengan keretapi.  Kedudukan geologi dia adalah di dalam negeri (atau lebih tepat bandar pentadbiran) Sor-Trodelag iaitu sama negeri dengan Trondheim.  Used to be a copper mining town di kurun ke 17 dan 18 dan sekarang pekan kecik ni masih mengekalkan ciri-ciri medieval dia.  Populasi di keseluruhan Røros pada 2010 hanyalah sekitar 5500 orang (sumber wikipedia)

Kitaorang berkesempatan melawat Røros (day trip) semasa di Norway.  Pengangkutan kitaorang pergi adalah keretapi.  Tiket keretapi boleh di beli online melalui www.nsb.no atau on the spot dan untuk intercity yang dekat-dekat biasanya harga tiket dia tetap.  Kitaorang bayar sekitar 500 NOK seorang untuk return tiket hari tu. 

 Kedudukan geografi Roros

Tiket paling awal sekitar 9.30 pagi dan sampai di Røros dah sekitar 12 tengahari, maka masa yang ada sebelum hari bertukar jadi  gelap memang padat.  Jadinya kitaorang try enjoy apa aje yang dapat.  Anyway, bandar Røros pun kecik aje.  Sebuah bandar yang unik yang mana aku rasa macam balik ke zaman dulu-dulu.  Aku salute dia orang sebab di sebalik kemodenan sebuah negara maju, tempat ni masih kekal macam dulukala (bukan keseluruhan bandar tapi hampir separuh dari bandar masih di setting lama). 





Scenery sepanjang 2 1/2 jam perjalanan


 Stesen keretapi pekan Røros

Sekitar stesen keretapi.  Sebelah kanan gambar ada orang naik benda yang 
namanya sledge.  Pengangkutan common kat sini. 

 Sledge dari dekat.  Kitaorang berjaya cari sledge untuk di sewa dan bila bawak dia 
memang best.  Tolak je dengan kaki, dia akan mengelungsur laju.Sebenarnya seat tu 
boleh bawak budak kalau nak tapi baby SJ terlalu kecik, maka aku & Encik D gilir-gilir 
guna sledge sementara sorang lagi tolak stroller.



 Pekan Røros

 
Dari pekan kitaorang berkejar ke mining museum tapi bila sampai kata orang yang jual tiket, cuma ada setengah lagi sebelum museum nak tutup.  Since entrance fee pun agak mahal, rasa tak berbaloi nak masuk setengah jam maka kitaorang buat keputusan untuk merayau.  Merayau memang best cuma yang tak best sikit sekali lagi di sebabkan kedudukan geologi Roros yang jauh ke dalam inland, -8 degree di Roros jauh lebih sejuk dari -8 degree di Trondheim.


Inilah dia rupanya UNESCO World Heritage Site.  Unik kan.  Cukup medieval 
dan masih berpenghuni

 Sungai yang beku


 Salah satu dari hanya 2 buah church di Røros


 Mining museum

 Pemandangan dari atas bukit


 Ni aku tak tahu bangunan apa.  Tapi unik sebab di buat dari log

 Budak-budak tengah tobogganing.  Kau ada berani dengan pokok dan tunggul kayu 
di celah-celah route?  Aku tak..



Sekitar 3 petang, matahari mula turun.  Kitaorang pun slowly berjalan balik ke area pekan dan merayau di celah-celah kedai.  Kemudian bila kedai-kedai mula tutup (pada pukul 5 petang), kitaorang sambung lepak di shopping complex sebelum shopping complex pun di tutup tak lama kemudian. 

Sementara nak tunggu train balik ke Trondheim yang ikut schedule pukul 7 malam, kitaorang lepak di train station pulak (ruang menunggu dia ada heater) sambil makan makanan ringan. By 6 petang, pekan Røros dah mati dan cuma bar dan restoran yang masih di buka.  

Jika korang ke sini, memang tak ada restoran halal tapi korang boleh makan di sebuah kedai pizza yang letak tak jauh dari stesen keretapi.  Pizza seafood dia pun sedap.  

Sebenarnya kalau nak tidur di sinipun boleh sebab ada 2 buah hotel kat sini tapi nasihat aku kalau plan nak tidur, jangan datang di hari weekend terutama hari ahad.  Sia-sia sebab semua benda tutup.


 Stesen keretapi bila malam.  Lenggang kan

Train kitaorang cuma lambat beberapa minit dan kitaorang selamat sampai di Trondheim dalam pukul 9 lebih.  

Kalau tanya aku, is it worth to go? Jika korang suka sejarah dan bandar koboi, inilah tempatnya.  Aku suka tempat ni cuma aku wish dia besar sikit supaya banyak benda lagi boleh teroka. Overall, a nice day trip dan satu pengalaman baru. Kata kawan ofis aku yang familynya orang sini, summer di Roros sangat cantik.



Tuesday, January 27, 2015

Norway Winter 2011 _ 48 jam di Oslo (d2)




Post sebelum ni pasal Oslo klik  
Oslo introduction
Oslo day1 

48 jam di Oslo - Hari kedua

Hari kedua ialah hari last kitaorang di Oslo.  Flight balik ke Trondheim malam, jadi ada ample time nak heret kaki ke sana-sini.  Kitaorang check-out dari hostel selepas breakfast dan hostel bagi permission untuk simpan bag di locker hostel.  

Lepas simpan bag, ambik tram ke Vigeland Park (aka Vigelandsparken Sculpture Park).  Klik SINI untuk website rasmi.  Untuk ke sini boleh ambik bas nombor 20 atau tram nombor 12 dari city centre.  Untuk masuk, tak ada entrance fee di kenakan dan di buka 24 jam.  Keluasan park sangat besar dan saujana mata memandang.  Bagi kitaorang, kaki berdenyut-denyut sementara nak habiskan semua.  Ada masa aku sampai menjinjit kaki nak hilangkan sejuk.

Vigeland Park adalah Scuplture park dan mungkin bagi sesetengah orang mungkin akan sikit tergganggu sebab kebanyakan sculpture kat sini tak pakai baju.  Pandang aje semua ni sebagai hasil seni.  Untuk faham setiap sculpture di park ni, ada satu blog yang korang boleh rujuk - vigelandscupturepark.blogspot.com


The most photographed sculpture tapi kata blog tadi 
tak ada siapa tahu kenapa budak tu menangis

A father and son

Brothers?












Bagi yang tak suka sculpture, boleh jalan cepat-cepat melintasi segala patung ni untuk enjoy keindahan taman.  Walaupun sejuk tapi cuaca hari tu sangat baik.  Mata kitaorang di jamukan dengan keindahan Oslo




















Inilah kerja kitaorang di antaranya.  Masuk cafe dan order Kopi O untuk panaskan badan.

secangkir coffee & sebiji muffin untuk melawan kesejukan

Keluar dari Vigeand Park tengahari dah menghala ke petang.  Kitaorang ambik tram ke arah Borgatta dan makan.  Selesai makan bila tengok jam, masih sempat untuk ke satu lagi tempat iconic Oslo.  Kitaorang ambik subway (train) ke Holmenkollen Oslo Ski Jump.  Ski jump ni letaknya jauh keluar dari city.  

Bila sampai di station yang sepatutnya, kitaorang tak nampak orang.  Cuak jugak sebab macam tak ada rupa jump area je.  Tak lama lepas tu ada lah nampak ada orang pikul ski set, baru rasa sedap hati cuma aku tertanya jugak dalam hati kenapalah orangnya 2,3 kerat aje.  

Berjalan punya jalan tak jumpa sampailah lastnya nampak lah structurenya.  Rupanya kitaorang turun di stesen yang salah iaitu di kaki jump area di tambah lagi tempat tu dah tutup.  Maybe hari ahad, dia tutup awal.  Nasib baik nampak juga structurenya jadi tak lah ralat sangat.  Tinggi gila slope ski jump ni.  Tengok aje pun dah rasa gayat. 

Ambik sekeping dua gambar, kitaorang berlari turun ke station sebab dah tak tahan sejuk. 


Holmenkollen Oslo Ski Jump


Dari station, kitaorang ambik subway balik ke city centre sebelum ambik tram balik ke hostel untuk ambik bag dan  naik bas ke airport.  

Flight balik ke Trondheim on time.  Aku sebenarnya agak risau sebab aku cuma ada masa yang singkat untuk kejar bas airport transfer yang paling last.  Keluar dari arrival hall, jam dah pukul 12 lebih malam, kitaorang berlari pergi ke arah bas.  Sempat-sempat aje naik last bas sebelum bas berjalan.  Tak boleh bayangkan kalau kena tidur di airport malam tu sebab mesti sejuk gila.

Kesimpulan dari trip ni, walaupun trip ni sangat singkat tapi aku rasa berbaloi.  Aku dah boleh ingat aku dah pernah sampai salah satu bandaraya termahal dalam dunia.  Alhamdullilah survive.








Sunday, January 25, 2015

Norway Winter 2011 _ 48 jam di Oslo (d1)


Post pengenalan Oslo klik Oslo introduction


48 jam di Oslo - Hari pertama
Hop-on/hop-off Oslo boat 


Highly recommend bagi yang ada hajat nak visit Oslo.  Bagus untuk memulakan aktiviti di Oslo sebab selain boleh teroka fiord (orang Norway eja fjords) dan pulau-pulau di Oslo, juga boleh tengok bangunan-bangunan yang menarik di tepi fjords dan boleh plan apa yang nak dilawati kemudiannya.  Bot dia pun menarik dan siap ada indoor cafe.  Ada seat dan juga ada deck kalau nak tengok scenery.  

Since aku pergi masa sejuk yang mengigit kulit, kerja kitaorang keluar masuk antara cafe dengan deck berkali-kali.  Walaupun diaorang bekalkan selimut untuk cover sejuk, aku masih tak boleh nak sesuaikan diri sepenuhnya.  

Tambang free dengan 72 hours Oslo pass tapi kalau tak ada Oslo Pass, tambang dia 190 NOK (tahun 2011).  Even dengan 190 NOK aku rasa masih berbaloi untuk naik.


1. Hop-on/hop-off boat; boleh naik turun selagi terdaya sepanjang hari.  
Tempoh penggunaan  tiket adalah 1 hari.

Atas deck

Highlight dari hop on hop off boat

Oslo Opera house 

The Norwegian National Opera dan ballet.  Bangunan yang sangat modern dan jadi kebanggaan orang tempatan.  Aku mulanya plan nak turun on the way balik tapi tak sempat.  Ralat jugak sebab interior bangunan ni pun cantik kata google image.

Opera house dari bot. 

Akershus Fortress 

Akershus mula dibina pada tahun 1290 untuk protect Oslo dari serangan musuh dan kemudiannya di gunakan sebagai penjara.  Salah satu dari highlight di Oslo (sumber wikipedia).  Ini pun aku ralat sebab tak sempat nak pergi.  Kalau aku stay 3 hari, pasti aku pergi ke sini.  Kata orang dia cantik.

Medieval fortress, Akershus dari atas bot. 


 Akershus dari jauh

Inilah Oslo dari fjord


 Sepanjang cruise boleh nampak banyak private boat parking. 


 Inilah imej Norway.  Fjords and fortress

Fram Museum

Fram Museum boleh di lawat melalui jalan air (hop-on/hop-off boat).  Fram Museum letak di Pulau Bygdoy.  Selain boat, boleh juga naik ferry (Ferry no 91) ke pulau ni dan sambung naik bas no 30. 

Fram museum adalah pasal expedisi ke North and South pole yang mana orang pertama yang sampai adalah orang Norway.  Norwegian sangat bangga dengan status tu.   2011 merupakan tahun ke 100 sambutan anniversary expediation dan seminggu sebelum kitaorang sampai ada sambutan besar-besaran di Oslo.

Admission tanpa Oslo pass 100 NOK dan free kalau dengan Oslo pass.

Selain dari Fram Museum ada jugak lagi beberapa lagi museum lain di sekitar sini Viking Ship Museum, Kon-Tiki dan Holocaust Museum.  Aku cuma sempat jengok ke Viking Ship Museum dan Kon-Tiki.  Itupun touch and go aje sebab hari dah petang. 


 Monument ahli penjelahanan ke Norwegian Pole yang pertama
 Sebahagian kapal yang di gunakan pada tahun 1911 dulu masih wujud 
dan sebahagian yang dah rosak di gantikan


Nobel Peace Centre  

Kitaorang sempat pergi ke Nobel Peace Centre.  Rasanya semua orang pun tahu pasal Nobel Peace Centre.  Di sinilah setiap tahun event memberi award di adakan.  Aku tak sempat nak merayau lama sebab kebetulan baby SJ meragam.   Entrace fee dengan Oslo pass free dan tanpa Oslo pass NOK90.






Hi je yang sempat tangkap di ruang pameran.  Then adalah jengok2 di ruang 
pameran utama tapi rushing terus tak ada gambar


Oslo Jule market

Juga sempat singgah di Oslo Jule market yang letaknya betul-betul di tengah bandar (berhampiran dengan Hard Rock cafe dan ice skating rink. 
Local made.  Corak, trademark scandinavian.


Lagi local made items


Ada jual moose burger.. moose pada Norwegian macam Harimau pada Malaya


Ice skating rink

Masa aku pergi Oslo, snow kat sana belum betul-betul tebal.  Ramai parents end up bawak anak main Ice skating di sini.  



Oslo City Hall

Iconic building in Oslo



Oslo downtown

Kitaorang banyak merayau di downtown area sepanjang 2 hari kat sana.  Since kitaorang boleh naik unlimeted public transport, so kitaorang pergunakan sepenuhnya.  Sabtu kedai buka sampai pukul 8, 9 tapi ahad hampir semua kedai tutup.  Sebuah bandaraya yang sistematik dan bersih. 




oslo downtown

Kitaorang menutupi hari pertama dengan tengok busking. Aku memang addict dengan street performance

Bersambung..