Saturday, March 21, 2015

Philip Island


Post Melbourne yang lain
Melbourne - Introduction 
Melbourne city - Part1
Melbourne city - Part2 
Melbourne - GOR
Melbourne - Wrap up 


Ni cerita yang aku malas sebenarnya nak cerita.  Aku pun sebenarnya ingat pun tak banyak.  Cuma yang aku ingat hujan seharian masa kitaorang ke Philip Island.  Kitaorang ambik day tour ke sana.  Masa singgah di Information centre di hari kedua di Melboune, aku ambik contact number dan arrange untuk day tour.  Bayar AUD 100 seorang termasuk free lunch dan all entrance tickets.

Apa ada di Philip Island?  Philip Island famous dengan Penguin dan Sea lion dalam habitat yang sebenar.  Bab kata website www.penguins.org.au, Discover Your Wild Side

Kata google Map, Philip Island ni kira-kira 138km je dari Melbourne tapi maybe sebab hujan sepanjang jalan dan banyak menyinggah, lama gila aku rasa baru sampai.  Kitaorang naik dari Flinders street, kemudian driver menyinggah ambik orang di hotel masing-masing dan baru bertolak.

Aku belanja map dulu


Melbourne-Philip Island

Pit Stop pertama tak silap aku Ferntree Gully (kalu silap mintak maaf banyak2).  Masa ni hujan dah start hujan kucing anjing.  Aku masih positive yang bila sampai Philip Island karang mesti hujan tak ada sebab jaraknya masih jauh.  Tujuan singgah di Ferntree Gully ni sebab nak tengok species burung yang cuma ada di Australia.  Tak silap aku ada nampak seekor dua cuma tak banyak.  Tak ada gambar sebab takut rosak kamera CK

Pitstop kedua Maru Koala Park.  Maru Koala Park ni santuary private yang kecik je, lebih kepada family farm.  Kalau drive sendiri alamat dia Maru Koala Park, 1650 Bass Highway, Grantville VIC 3984, Australia.   Kedudukan dia kira-kira 100km atau sejam perjalanan dari Melbourne dan nak cari dia tak susahpun sebab betul-betul tepi highway menuju ke Philip Island. Kat sinilah kitaorang lunch dan kemudian dapat tengok haiwan2 marsupial.  Antara yang aku ingat, kangaroo, wallabies, koala dan burung merak. Best jugak walau kecik tapi di sebabkan hujan dah semakin lebat tak dan sangat nak bergurau senda dengan haiwan2 kat sini kecuali yang duduk di kawasan berbumbung.  


 Koala

 Wallabies

Kangaroo

Pitstop ketiga adalah kilang coklat just before nak sampai ke Philip Island.  Kilang yang merangkap kedai.  Masa ni aku dah basah agak lencun sebab asyik terkena hujan.  Mood agak ke laut jugaklah.  Dapatlah beli air panas dan coklat sekeping dua untuk panaskan badan.

Pitstop ke empat Philip Island Nobies Centre.  Kat sini sepatutnya dapat tengok sea lion kat habitat dia orang ( ada pulau berbatu kat depan Nobies centre) tapi since hujan di campur dengan angin badai, memang tak nampak apa.  Redha ajelah.  Jadinya lama jugaklah kitaorang lepak dalam Nobies Centre ni sementara nak pergi ke tempat nak tengok penguin. Sebenarnya selain Nobies Centre, korang jugak boleh ambik Ecoboat tours kalau nak tengok sealion dari dekat.  Tiket antara AUD85-110 untuk adult.

Pitstop terakhir ialah tempat nak tengok penguin.  Aku tak berapa positif dapat tengok tak sebab hujan lebat gila tapi since ini tujuan utama, kitaorang gagahkan jugak.  Beli raincoat dan bungkus baby SJ dalam raincoat Encik D.  Nak tengok penguin kena jalan ke arah pantai dari Penguin Parade centre.  Pantai dijaga rapi dan di bina laluan  berkayu untuk orang berjalan supaya manusia tak ganggu penguin. Info lanjut klik SINI.  Kalau pergi sendiri, harga tiket AUD 23.80 untuk dewasa atau AUD 11.90 untuk kanak2 4 tahun ke atas.  Kalau nak premium class mahal lagi.   Premium rasanya boleh tengok lagi dekat.

Penguin parade cuma sekali sehari, di masa sunset bila penguin naik untuk balik ke sarang so kalau korang drive sendiri kesini, aim untuk sampai ke sini sebelah petang.  Masa kitaorang sampai orang dah ramai tapi kelibat penguin seekor pun tak ada.  Sejuk gila dengan seluar & kasut yang dah basah tapi nasib baik ada sesetengah laluan ada bumbung jadi dapatlah berteduh.  

Selepas 15 minit kitaorang berlegar2 tiba2 dengar orang ramai bercakap-cakap.  Rupanya penguin dah mula naik ke sarang.  Sama macam gaya itik berjalan berkumpulan.  Mula-mula seekor dua, tak sampai 10 minit ada beratus-ratus ekor.  Macam awesomelah.  Hilang segala rasa ralat berhujan seharian.  Sorrylah aku tak ada gambar langsung sebab memang tak di benarkan ambik gambar.  Tak silap aku ada tulis, flash kamera boleh rosakkan mata penguin, so tak payahlah nak ambik gambar curi-curi.

Sejam dua jugaklah kitaorang kat situ sebelum bertolak balik ke Melbourne.  Nak kata puas hati tu tak adalah sangat.  Bukan sebab tempat tu tak best tapi sebab hujan banyak melimitkan pergerakan.  Tapi itulah takdir kitaorang untuk hari tu.  Mahu tak mahu, redah aje lah.  Selain dari penguin dan sea lion, Philip Island sebenarnya offer banyak lagi attractions.  Dia ada it's own koala Conservation Centre (Adult - AUD11.90), Churchil Island Heritage Farm (Adult - AUD11.90) dan birdwatching di Swan Lake.  Agaknya kalau drive sendiri di hari yang cerah mesti rasa nak bermalam kat situ. Bila aku cek Booking.com, ada banyak hotel di Philip Island.

Aku sampai Melbourne dah lewat malam tu, so kitaorang kena ambik teksi dari Footscray station untuk balik ke rumah. 


Sunday, March 8, 2015

Merayap di Melbourne City - part2



Post Melbourne yang lain
Melbourne - Introduction 
Melbourne city - Part1
Melbourne - Philip Island
Melbourne - GOR
Melbourne - Wrap up



Macam yang aku janji sebelum ni, part ni aku akan sambung dengan attractions yang kena bayar di Melbourne.  Nak gi semua masak jugak dari segi masa dan jugak cost jadi korang pandai-pandailah filter mengikut selera masing2. 

Aku cuma pergi 2 dari beberapa.  1 aku pilih museum dan 1 lagi aku pilih zoo. 

Antara museum yang boleh di pilih
  • National sport museum di Yarra Park. Entrance fee AUD 20
  • National Gallery of Victoria (International) di St Kilda Road - Free entrance fee tapi ada charge untuk exhibition.  Exhibition fee berbeza dari satu pameran dengan yang lain.
  • National Gallery of Victoria (The Ian Potter Centre) di Federation Square - Free entrance fee tapi ada charge untuk exhibition.  Exhibition fee berbeza dari satu pameran dengan yang lain.
  •  Old Melbourne Gaol - museum merangkap bekas penjara di Russell street.  Lebih kurang penjara Pudu kita lah agaknya.  Entrance fee AUD 25
  • Royal Exhibition building di Carlton garden.  Guided tour AUD 10
  • Melbourne museum di Carlton Garden.  Entrance fee AUD 12
  • Immigration museum di Flinders street.  Entrance fee AUD 12
  • Sciencework di Booker street. Entrance fee AUD 12

Antara zoo dan sanctuary yang boleh di pilih
  • Melbourne zoo di Parkville, 4 km N dari bandar Melbourne.  Entrance fee AUD 30.80
  • Sealife Melbourne Aquarium, di King street. Entrance fee AUD 38
  • Werribee open range zoo terletak di tempat nama Werribee, 32km SW dari Melbourne city. Entrance fee AUD 30.80
  • Healesville sanctuary letak di Healesville, 65 km NE dari Melbourne. Entrance fee AUD 30.80

**Entrance fee yang aku tulis tu setakat March 2015.  Maybe rate akan naik in future

Pilihan kitaorang hari tu


1.  Melbourne museum

Kitaorang spend setengah hari di sini tapi frankly setengah hari pun tak cukup.  Tempat ni memang awesome.  Tak rugi keluarkan duit AUD 24 untuk 2 adult.  Nak ke sini tak susah.  Ambik CBD circle tram, stop kat Carlton.  Then jalan cross Calrton garden yang cantik tu, sampailah sana.


Menghala ke museum, bangunan museum tak nampak kat sini


 Dalam..


 Future paleontologist? Mudah-mudahan

 Antara bahan pameran.. memang best

Muka dah start bosan.. bukanlah tempatnya sangat untuk budak umur 1 1/2
tahun nak enjoy, tapi pendedahah awal tu penting

 Ethnic section.  Banyak painting dari aborigines

 

Kalau tak kerana museum tu tutup pukul 5 petang, rasa mahu spend beberapa jam lagi kat sana. Kitaorang keluar bila museum tutup.  Ada banyak section yang sempat jenguk je.  Ralat jugak rasa.  Kalau korang berniat nak gi sini, bajet at least separuh hari.  tempat ni memang best. Kalau lapar diaorang siap ada cafe.  Bolehlah setakat nak makan sandwich.




2.  Melbourne zoo


Melbourne zoo pilihan berbayar ke2 kitaorang.  Tujuan asal nak bagi babj SJ enjoy tapi tak sangka pulak, mak pak yang lebih dari anak.  Untuk ke Melbourne zoo,  kitaorang ambik train dari station Park Royal ke city centre dan train betul2 stop luar zoo.  Dari flinder street station, less than 15 minutes.  Balik kitaorang naik bas sebab nak  merasa route bas.  Satu lagi option ambik Melbourne shuttle bas.  Cuma bayar AUD 5 untuk satu hari dan Melbourne zoo ada dalam salah satu destinasi. Tiket boleh beli kat Melbourne visitor center di federation square.  

Entrance fee masa aku pergi AUD 24 sorang (baby SJ free) tapi sekarang AUD 30.80.  Mahal?  Mahal sikit tapi sangat berbaloi kecuali untuk orang yang tak suka haiwan.  Zoo dia sangat besar, memang letih lah nak perabiskan semua tempat.  Aku spend sekitar 6 jam kat sini.  Siap lunch bagai.  Ada restoran dan baby changing room yang lengkap.  Dan jugak ada banyak kiosk makan ringan merata kalau tiba2 rasa lapar.  Sambil makan burung camar datang mintak makan.  

Cuma satu aku nak pesan.  Kalau datang sini jangan sentap sebab dia orang buat kempen besar-besaran ke atas Malaysia on minyak kelapa sawit issue.  Kempen against palm oil sebenarnya bukan setakat dari kerajaan Australia tapi memang meluas di serata dunia atas dasar menganggu habitan haiwan liar.  Aku tak mau komen lebih-lebih pasal ni sebab lain orang lain interpretation.

Jom aku belanja gambar

Zoo yang berkonsep taman.  Kebanyakan burung di lepaskan so kalau 
bernasib baik blh lah main dgn burung


Antara yang pertama jumpa.  Hensem Tok penghulu ni


 Closure zirafah & zebra.  Besar dan selesa untuk haiwan


Experience kedua beliau dengan kangaroo.  Yang pertama masa dalam perjalanan ke Philip Island

 Pak pandir yang tidur 20-22 jam sehari.  Peluang untuk bertentang mata ada tapi tak banyak

 Ni aku lupa nama apa haiwan ni


 Meerkat

 Sea lion


 Penguin

 Bear

 Indoor aquarium


 Orang Utan


Kitaorang betul-betul enjoy masa di Melbourne zoo.  Antara zoo yang terbaik yang aku pernah pergi.  Aku jarang ke zoo sebab pengalaman di Zoo negara kita buat aku rasa kasihan haiwan yang di kurung dalam closure kecik tapi lepas ke Melbourne zoo, aku puas hati.  


Maka aku dah setel bahangian Melbourne city centre.  Harap membantu bagi yang berhajat ke Melbourne di masa akan datang. Update akan datang aku nak share pasal trip ke Philip Island dan Great Ocean Road.


bersambung..




 

Wednesday, March 4, 2015

Merayap di Melbourne City - part1



Post Melbourne yang lain
Melbourne - Introduction 
Melbourne city - Part2 
Melbourne - Philip Island
Melbourne - GOR
Melbourne - Wrap up



Dari 8D/7N di Melbourne, kitaorang cuma ada 6 hari penuh,  Hari pertama sampai dah awal malam.  Selesai urusan airport, ambik shuttle ke Southern Cross station.  Owner ambik kitaorang di station dan hantar ke rumah.  Hari last juga burn sebab flight balik awal-awal pagi

Aku spend 4 hari di area city dan 2 hari keluar dari city.  Hari-hari keluar dari rumah pagi, balik ke rumah samada malam atau pun lewat petang.   Dari rumah ambik bas ke train Footscray train station yang cuma ambik masa 10 minit.  Dari Footscray station ambik train ke city, jugak sekitar 10 minit.  Ok jugaklah susuk di suburban ni.  

Walaupun jauh sikit dari city tapi aku boleh enjoy pemandangan di luar city.  Paling aku suka tengok adalah rumah-rumah orang sini.  Memang dari dulu aku cukup kagum dengan rumah depa sebab semua cantik dan setiap satu mesti ada keunikan dia. Rumah di Australia rekabentuk dia berbeza sikit dengan Europe.  Aku perasan di Melbourne kebanyakan rumah 100% concrete dan kebiasaannya single storey (standard house) dengan pagar kayu yang sangat unik.  Kalau bungalow barulah 2 tingkat.  Selain tu ada apartment yang macam aku tinggal tu.  Tak jemu cuci mata setiap hari bila bas lalu depan rumah orang.

Part ni aku akan focus tempat-tempat yang free untuk diterjah di bandaraya.  Antara yang sempat kitaorang terjah hari tu




1. Flinders street & sekitarnya

Kawasan utama di Melborne.  Maybe serupa dataran merdeka kita.  Orang sentiasa ramai kat sini.  Kalau ke sini, korang boleh singgah ke tourist centre.  Tourist centre dia memang awesome dan sama macam di Adelaide, service dia sangat mantap.  Tourist centre terletak di luar Flinders street train station dan di bawah Federation Square


St. Paul Cathedral yang letak berdepan dengan Flinders street train station.  
Salah satu attaraction Melbourne

 Federation Square.  Tempat wajib singgah di Melbourne.  Letak betul-betul di luar 
Flinders street train station

 Federation Square waktu malam

Flinders street.  Tram stop


3. Yarra River

Yarra River ni sungai yang mengalir di tengah-tengah bandaraya Melbourne.  Sungai Yarra mungkin icon terpenting di Melbourne.  Aku ada beberapa kali lalu di riverbank tapi nak kata berenti lepak lama tu tak adalah.  Sehingga balik dari Melbourne, aku terlepas information yang ada satu park di belakang Federation Square yang tempat orang lepak enjoy pemandangan sungai Yarra.  



Antara yang berjaya di capture.  Aku prefer scenery malam dari siang


  

3. Carlton Garden

Calrton garden di letak di Victoria street.  Ambik free tram je ke sini.  Carlton Garden antara family park yang famous di Melbourne.  Aku 2 kali ke sini sebab suka dengan park dia.  Kalau terus jalan ke hujung park, kita akan jumpa Melbourne Museum.  

Entrance ke Carlton Garden.  Hadlaju yang tertera kat bawah tu incase kalau 
masuk garden naik beskal.  Kalo berlari rasanya boleh laju-laju

1 perkataan; Tenang

Ni part paling lawa aku rasa

1 perkataan; Ditinggalkan



4. Queen Victoria market (a.k.a Vic market)

Kata wikipedia  Vic market ni adalah pasar terbesar di hemisfera selatan dengan keluasan 7 hektar. Vic market di buka 5 hari seminggu (Selasa & Khamis-Ahad).   Aku pergi di pagi ahad, best jugak sebab meriah di hari minggu.  Paling aku suka ada busking yang mana geng2 peribumi main music instrument dan seriously sedap. Meremang bulu roma.  

Di Vic market ada banyak benda yang di jual, dari sayur biasa hingga lah cheese.  Souvenir, kain selimut pun ada.  Hehe.  Lama jugaklah aku keluar masuk segala bahagian.  Memang best jugaklah dapat tengok local lifestyle.

Segala mak nenek ada jual kat sini.  Kitaorang end up beli wooden toys 
kat baby SJ dan jugak beberapa souvenier.

 Yang pasti, carrot tu nampak sedap di makan mentah


 Cheese yang macam-macam jenis.

 Pelbagai jenis zaiton


Gerai roti



5. Shrine Remembrance

Kitaorang naik free hop-on hop-off shuttle bas dari Flinders street ke Shrine Remembrance.  Shrine Remembrance ni pusat peringatan untuk askar-askar Australia yang terkorban semasa dalam tugas.  Kebiasaannya yang di hantar melawan askar Jepun di negara-negara Asia pada WWII.  Sedih jugak bila tengok gambar masing-masing muda belia.  Ada yang first time duty, ada yang kali kedua.  Ada yang tinggalkan anak kecik.  Macam2 lah.  

Shrine Remembrance

 Pemandangan ke arah city centre

Entrance masuk

Orang masih hantar bunga-bunga peringatan ke sini

Salah satu memorial garden iaitu Gallipoli Memeriol Garden sebagai memperingati 
askar Australia yang terkorban dalam perang dunia pertama.  Abaikan muka 
masam kat depan tu sebab ini je gambar yang aku ada :)



6. Royal Botanic Gardens Melbourne

Royal Botanic Gardens Melbourne ni terletak di Southbank Yarra River dan bersebelahan dengan Shrine Remembrance.  Garden nya sangat besar.  Aku rasa aku mungkin sempat jelajah satu pertiga sahaja.  Tempatnya sangat cantik dan ada pelbagai jenis pokok.  Garden ni di bahagikan kepada beberapa lawn tapi hari tu aku main redah aje.  Lawn jenis apa pun aku tak ingat.  


Barangkali ni palm lawn

Princess lawn??

Ni aku dah lost.. yang penting dia cantik

 Masih dalam botanical garden :)


Ni pun masih kat dalam situ

 Tasik kecik 


7. Shopping district

Ada beberapa shopping spot di Melbourne.  Kitaorang cuma berlegar di satu area aje; Bourke Street Mall di Bourke Street.  Ada banyak shopping mall kat jalan ni tapi apa yang lebih menarik hati kat sini ada ramai street performer.  Ralit tengok dari satu ke satu.  Encik D siap beli CD dari satu busker ni.  


Bourke Street


David Jones & Myer


Tok batin terserempak anak buah.  Favourite baby SJ.  A dream comes true for him :).  
Sama ibaratnya kalau aku dapat berjumpa dengan Remy Ishak :))


Tak silap aku ini lah Bourke Street Mall.  Banyak mall di Austalia setting macam ni.


 
Selain dari Bourke Street aku ada pergi ke area Flinders street jugak.  Kat situ ada beberapa arcade (jugak ada beberapa kedai makan halal). Kalau nak cari souvenier, ada banyak jual kat area sini.


Arcade di Russell street di area Flinders Street


Selain tu, untuk panduan shoppers, aku listkan beberapa tempat lain yang boleh shopping
  • Collin Streets
  • Swanston Street
  • Melbourne Central
  • Queen Victoria market
  • Southgate
  • Dockland


8. Street performance

Ini antara yang paling aku minat.  Aku tengok macam-macam jenis street performance.  Sangat melekakan.  Nak upload video pun tak dapat sebab phone aku kena curi lepas aku balik dari Melbourne.  Semua gambar dan video dari iphone hilang begitu aje.  Sudahlah sebulan sebelum tu camera hilang. Itu dah cerita lain.


Native buskers di Vic market.  Awesome gila perfomance diaorang.  
Kalau korang pergi Melbourne tolonglah cari geng ni.


Buskers di Bourke Street.  Yang gambar bawah tu best jugak.  International level punya busker.  


Antara tempat-tempat lain yang aku belum sampai tapi aku rasa korang patut pergi
 

1. State library of Victoria di Swanston Street
Next visit, ini antara yang wajib

2.  Royal Exhibition building di Carlton Garden
Menyesal tak masuk hari tu sebab bila google image lepas tu interior dia macam cantik je

3.  St. Kilda beach
Ini pun aku menyesal kenapa aku tak pergi hari tu.  Nak-nak bila tengok orang ambik gambar kat rumah kotak kaler-kaler tu

4. Melbourne Park
Tempat Australian Open merangkap dengan park

5.  Puffing Billy Railway - Heritage railway di Dandenong Range
(yang ni di luar Melbourne, dalam 40 km dr city centre).  Kawan aku ada pergi, aku nampak macam best aje



Part2 aku akan sambung attractions berbayar di Melbourne yang patut di consider