Post-post yang satu trip Spring 2015
Western Europe 2015- Intro
Netherlands - Intro
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem
Netherlands - Part2 - Amsterdam city
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1
Munich - Part2
Switzerland - Intro Part1
Switzerland - Intro Part2
Lucerne - Part1
Lucerne - Part2
Grindelwald - Intro
Grindelwald - Kleine Sheidegg
Grindelwald - Jongfraujoch
Interlaken
Spiez
Lauterbrunnen- Part1
Lauterbrunnen - Part-2
Hari ke 12.
Bangun awal untuk ke destinasi seterusnya. Destinasi kitaorang hari ni adalah Geneva. Kitaorang akan ambik Golden Pass Panoramic train dari Interlaken ke Montreux dan sambung ke Geneva. Satu perjalanan yang agak jauh dan akan penuh dengan transit. Dalam hati ada sedikit gabra tapi redahkan lah juga.
Walaupun tak berapa ikhlas meninggalkan Lauterbrunnen tapi kena tinggalkan jugak. Nasib tak berapa baik macam selalu. Hari ni hujan. First time hujan sejak kitaorang di Switzerland. Otak ligat pikir macamana nak ke train station.
Seawal pukul 7.30 semua orang dah ready. Kitaorang aim nak ambik Panoramic train pukul 9.05 pagi dari Interlaken, makanya sebaiknya kena ambik train pukul 8.00 a.m dari Lauterbrunnen ke Interlaken. Kitaorang decide untuk berlari meredah hujan ke Lauterbrunnen Ost. Bukan jauhpun, cuma sekitar 150m dari hostel tapi di sebabkan hujan agak lebat dan beg agak berat, pergerakan kitaorang jadi terlebih slow.
Aku dan baby SJ sampai dulu di train station sekitar 10 minit sebelum train ke Interlaken berlepas. CK pulak tertinggal sikit di belakang. Aku berlari beli tiket sehala ke Interlaken untuk semua orang. Keluar dari kaunter tiket aku tak nampak kelibat CK sedangkan train akan berlepas anytime. Aku call CK tapi tak berjawab.
Ngam-ngam CK muncul, train pun berlepas. Rupanya CK tersalah ambik jalan. Nak tak nak kitaorang terpaksa naik train pukul 8.30 a.m. Sempatkah untuk naik Panoramic train pukul 9.05 a.m karang? Kalau tertinggal train 9.05 a.m, kitaorang terpaksa ambik train yang pukul 11.30 a.m. Aku kalau boleh nak cuba elak dari sampai ke Geneva terlalu lambat.
Train Phase 1: Lauterbrunnen - Interlaken
Perjalanan dari Lauterbrunnen ke Interlaken
Selamat tinggal Lauterbrunnen
Train dari Lauterbrunnen ke Interlaken ambik masa 30 minit. Train sampai di Interlaken lagi 2 minit ke pukul 9 a.m. Aku suruh CK dan baby SJ terus ke platform Panoramic train sementara aku berlari naik tangga ke kaunter ticket; ye, dengan backpack kira-kira 15kg bersangkut di bahu. 7 minit di gunakan sepenuhnya untuk beli tiket dan berlari ke platform Panoramic train- . Sampai di platform ngam-ngam sebelum train berlepas. Mereka berdua dah ready tunggu aku dan kitaorang terus naik train dan sejurus kemudian train berlepas meninggalkan Interlaken. Penat tak usah cerita lah tapi yang penting kitaorang berjaya naik train 9.05 a.m. Train yang kitaorang naik buat masa ni adalah intercity train, belum lagi panoramic train.
Dari Interlaken, train menuju ke Spiez untuk transit. Kalau dua hari sebelum tu kitaorang naik bas ke Spiez, kali ni kitaorang naik train. Dalam kalut dan panik, sempatlah juga menikmati pemandangan Interlaken dan Tasik Thun buat kali terakhir. Gap masa untuk transit di Spiez tak lama. Tak silap 20 minit untuk tunggu train ke Zweisimmen. Sampai train yang tulis perkataan Zweisimmen kitaorang terus lompat naik dan tak lama kemudian train bergerak meninggalkan station Spiez. Aku dah mula rasa macam dalam cerita Charlie Chaplin. Semuanya zup zap zup zap. Train yang kitaorang naik masih lagi train Intercity. Dalam hati tertanya-tanya jugaklah, mana dia train Golden Pass Panoramic train yang di sebut-sebut ni.
Train Phase 2: Interlaken - Spiez - Zweisimmen - Montreux
Koc 2nd class. Lenggang sebab pagi belum ramai penumpang.
Untung boleh tukar2 seat untuk ambik gambar
Kalau korang transit di Spiez, hati-hati
supaya tak terambik train yang salah. Station Spiez ni agak sibuk dan
kebanyakan intercity train samada ke Bern atau Basel menggunakan platform yang sama dengan train ke Zweisimmen.
Satu lagi jangan melengah-lengah naik train bila train sampai sebab
train tak stop lama. Hanya seminit dua untuk ambik dan turunkan
penumpang sahaja.
Walaupun kena naik train intercity, sebenarnya sepanjang dari Interlaken ke Zweisimmen
dah termasuk dalalm laluan panaramic route. Pemandangan cantik di kiri kanan train.
Kalau orang tak ramai boleh tukar-tukar seat untuk ambik gambar
Aku ingat transit Spiez-Zweisimmen dah cukup cemas, rupanya transit selepas tu lagilah. Gap untuk transit untuk naik panoramic train cumalah 5 minit. Lompat turun dari Intercity train, kitaorang tengok train ke Montreux dah tunggu. Kali ni barulah train yang ada tulis Golden Pass Panoramic train dan train yang tunggu kitaorang train panoramic yang klasik. Tak semua panoramic train akan dapat classic train dan kitaorang consider sangat bertuah hari tu dapat merasa duduk di classic koc.
Panoramic classic train yang kitaorang naik. Gambar ni cuma dapat ambik bila dah sampai Montreux. Masa nak naik apa pun tak sempat nak ambik sebab takut tertinggal train
Kitaorang lompat je koc yang terdekat dengan tempat kitaorang turun train tadi untuk make sure berjaya naik train. Dah berjaya naik barulah fikir betul ke naik ke koc yang betul. Nasib baik dah ternaik 2nd class and tiket kitaorang free seating. Orang pulak tak ramai dan itulah untungnya naik train di awal pagi. Boleh pilih mana nak duduk sesuka hati (sama kelas lah, jangan pulak pergi duduk 1st class seat kalau dah beli 2nd class seat). Dah start duduk barulah perasan koc 2nd class sebelah cantik tak macam koc kitaorang yang hodoh. Makanya gigihlah menyeberang koc masa train tengah bergerak semata nak duduk koc yang ada meja lampu hijau. Seriau jugak sebab boleh nampak landasan masa menyeberang koc.
Koc kerusi hijau
Beberapa kali berselisih dengan Panoramic modern coach train dari Montreux
menghala ke Interlaken. Kembang kempis hidung aku bila nampak penumpang
train sebelah macam dengki aje kitaorang dapat classic train.
Montreux yang sempat di intai
Dari Montreux station
Perjalanan Montreux ke Geneva mengambil masa dalam sejam. Train melalui tasik Geneva, Canola fields, bandar-bandar besar sebelum akhirnya menjejak kaki Geneva sekitar pukul 4 petang. menghala ke Interlaken. Kembang kempis hidung aku bila nampak penumpang
train sebelah macam dengki aje kitaorang dapat classic train.
Perjalanan dari Zweisimmen ke Montreux cukup best. Melalui beberapa perkampungan yang cukup famous terutama masa winter. Aku boleh bayangkan masa winter cukup ramai orang-orang kaya datang bercuti ataupun balik ke holiday home kat sini. Kalaulah aku di kalangan mereka :)
Walaupun berkabus, semangat aku tak pudar. Apapun aku bersyukur lah
jugak sebab hujan hanya terjadi di hari aku transit.
Dalam perjalanan ke Montreux jugalah kitaorang bertemu dengan wanita Singaporean yang menetap di UK. Cukup seronok dia bila nampak muka kitaorang. Berborak panjang lah.
Selepas lebih tiga jam meninggalkan Interlaken, kitaorang akhirnya sampai di Montreux. Plan asal nak berjalan-jalan di Montreux sejam dua sebelum beli tiket ke Geneva tapi sayang duit syiling kitaorang kena telan kat luggage locker. Sempat menelan beberapa CHF untuk try beberapa locker yang masih available tapi tak satu pun berfungsi. Aku buntu sebab nak bawak beg tak mampulah sebab beg terlalu berat. Akhirnya selepas mesyuarat tingkap, kitaorang decide untuk teruskan perjalanan ke Geneva.
Montreux
Montreux
The town of Montreux nestles in a sheltered Lake Geneva
bay, surrounded by vineyards and against the breathtaking backdrop of
snow-covered Alps. The Montreux Jazz Festival, which takes place in
June/July and features concerts on a variety of stages and parks is very
famous.
Sumber: myswitzerland.com
Montreux yang sempat di intai
Dari Montreux station
Train Phase 3: Montreux - Geneva
Satu bandar yang berlatar belakangkan tasik Geneva ( aku dah lupa nama dia)
Ladang Canola
Plan asal adalah simpan beg di locker room di train station (Gare Cornavin station) dan cuma ambik selai dua baju untuk pakai sehingga esoknya kerana esoknya kitaorang akan cross border masuk ke France. Punyalah gigih selongkar backpack untuk keluarkan mana barang yang kitaorang perlu bawak. Tapi kemudian bila nak nak masukkan beg ke dalam locker baru kitaorang perasaan yang charge dia setiap 6 jam. Kalau tak silap CHF9 untuk 6 jam pertama dan certain amount untuk setiap 6 jam. Bila aku kira, memang tak masuk akal kos yang kitaorang kena tanggung untuk simpan dalam 20 jam. Kitaorang sepakat pikul beg ke hotel.
CK menanya sana sini tentang public transport untuk untuk ke hotel. Akhirnya ada yang sudi membantu dan kitaorang berjaya naik tram di luar train station (ada beberapa tram station dan korang kena tahu mana nak naik). So, kitaorang naik tram (CHF 1.40 sorang) dan turun di stop pertama dengan bantuan seorang wanita Indonesia yang menetap di Geneva. Dekat aje sebenarnya hotel dengan train station, kurang dari 400m. Haha. Nasib baik tak simpan beg kat locker.
Check in dan benda pertama yang kitaorang buat selepas check in ialah makan bekal yang kitaorang bawak dari Lauterbrunnen. Lapar tahap gajah.
Geneva
Geneva is the second most populous city in Switzerland (after Zürich) and is the most populous city of Romandy, the French-speaking part of Switzerland. Situated where the Rhône exits Lake Geneva, it is the capital of the Republic and Canton of Geneva.
Geneva is a global city, a financial center, and worldwide center for diplomacy due to the presence of numerous international organizations, including the headquarters of many of the agencies of the United Nations and the Red Cross.
Geneva is the city that hosts the highest number of international organizations in the world. It is also the place where the Geneva Conventions were signed, which chiefly concern the treatment of wartime non-combatants and prisoners of war.
Geneva was ranked as the world's ninth most important financial centre for competitiveness by the Global Financial Centres Index, ahead of Frankfurt, and third in Europe behind London and Zurich. A 2009 survey by Mercer found that Geneva has the third-highest quality of life of any city in the world (behind Vienna and Zurich for expatriates; it is narrowly outranked by Zurich). The city has been referred to as the world's most compact metropolis and the "Peace Capital". In 2009 and 2011, Geneva was ranked as, respectively, the fourth and fifth most expensive city in the world.
Sumber: wikipedia
Bersambung..
Salam kenal :) story for Switzerland dah abis ke? Bila tengok pictures, berkobar2 hati nak pegi sana juga one fine day :) Anyway, sis pergi bulan berapa ye, tgok ada snow dah..
ReplyDeleteSalam kenal Nana :). Story pasal Switzerland dah hampir habis, cuma tinggal cerita Geneva yang belum cerita. Insyaallah dapat lah pergi tu.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Itulah yang saya cuba sampaikan di blog ni.. saya bukan orang kaya, saya juga bukan anak orang kaya. Saya cuma anak orang kampung.
DeleteSaya pergi bulan April. Tempat yang ada snow tu memang tinggi atas gunung dan lambat sikit cair. Ada juga termpat yang memang boleh main snow sepanjang tahun iaitu di Zermatt.
Switzerland memang cantik dan saya memang rindu dia.