Wednesday, September 9, 2015

Spiez



 

Post-post yang seangkatan untuk trip Spring 2015
Western Europe 2015- Intro  
Netherlands - Intro  
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem  
Netherlands - Part2 - Amsterdam city 
Germany-Intro  
Germany-The Journey  
Heidelberg - Part1 
Heidelberg - Part2  
Munich - Part1  
Munich - Part2  
Switzerland - Intro Part1  
Switzerland - Intro Part2 
Lucerne - Part1 
Luzerce - Part2
Grindelwald - Intro
Grindelwald - Kleine Sheidegg
Grindelwald - Jongfraujoch
Interlaken 


Sambungan dari entry Interlaken.


Semasa lunch di Interlaken, aku & CK berdiskas untuk destinasi selepas lunch.  Kitaorang decide untuk tak nak balik ke Grindelwald lambat sangat.  Sama ada ambik Interlaken Cruise ataupun naik train ke samada Brienz atau ke Spiez.  Tah macamana Spiez jadi pilihan hari tu.  Mungkin sebab kitaorang kejar masa untuk balik ke Grindelwald dan jarak Interlaken-Spiez lebih dekat dengan Interlaken-Brienz.

Lepas makan kitaorang kemudiannya ke Interlaken Ost untuk beli tiket train.  Rupanya train 
menghala ke arah barat (kedudukan Spiez adalah kearah barat dari Interlaken) tergendala dengan kerja-kerja maintenance track tapi diaorang sediakan bas untuk ke Spiez.  

Kitaorang naik bas ke Spiez dan selamat sampai di Spiez setengah jam kemudiannya.  Secara amnya, Spiez cuma pekan kecik.  Tak banyak benda yang boleh buat kat sini kecuali melawat istana ataupun medieval church.  Kitaorang cuma aim nak merayau aimlessly.  Dalam kata lain, cuba mengenali local and cultural diaorang.  

Turun dari bas, nampak marina dan menara church yang jadi ikon Spiez.  Kitaorang menapak ke sana.  Nak lebam jugalah kaki menurun bukit.  


Spiez is located on the south shore of Lake Thun, stretching along a ridge that separates the lake front from the Kander that runs parallel and to the south. From its lowest point on the lake, at 558 m (1,831 ft) above sea level, it reaches a height of 852 m (2,795 ft) on the ridge at Hondrichhügel.

Sumber: wikipedia



Nestled between hills and vineyards and dominated by a magnificent castle, Spiez on Lake Thun is an inviting destination indeed. Above the lake the Niederhorn Range stretches as far as the Bernese Alps and forms a magnificent panorama. With a high quality of life induced by the mild climate and abundance of sunny days, Spiez is an ideal starting point for exploring a wide range of popular destinations in the Bernese Oberland and the Valais.




 Kedudukan geografi Spiez (anak panah Merah)



Menara yang tinggi tu menara istana Spiez dan yang rendah sikit menara church.  
Kedua-duanya berusia sekitar 1000 tahun.  Paling kanan ialah kawasan marina.


 Sebahagian dari pekan Spiez


 Penempatan.  Hebat scenery dari tingkap rumah.



 Menunju ke marina, main attraction di Spiez

Kawasan marina adalah tumpuan utama pelancung dan orang tempatan.  Semetelahkan hari minggu, makanya cukup ramai orang tempatan beriadah dan ambik angin kat sini.  Kitaorang tumpang sekali buat-buat sibuk.  Duduk-duduk perhati gelagat orang.  Ada yang bawa anak ke playgroud, ada yang bermain skateboard, main golf (ye, diaorang ada mini golf course sendiri yang nampaknya percuma untuk di guna oleh sesiapa), main perahu layar, sembang-sembang sama kawan-kawan.  Leka tengok semua ni.  



 Kawasan marina yang mana tempat orang berkumpul di hujung minggu.  Cantik dan sangat bersih.

Cara orang tempatan habiskan hujung minggu.  Nampak tak Baby SJ tumpang sekaki.
Buat macam kampung dia


Dari kamera CK


Maybe apa yang nak cuba di sampaikan di sini, anjing tak di benarkan
golek-golek.  Gaya lain mungkin boleh. Heheh


 Bagi aku, ini satu lagi ikon Switzerland.  Banyak rumah ada kolah kecik macam ni
Penempatan 
Kawasan marina

Selepas lebih dua jam, kitaorang menapak balik ke train station untuk ambik bas ganti ke Interlaken.  Dari kawasan marina (lowland) ke train station (di puncak bukit) memang lebam aku.  Baby SJ yang tadi main tak sedar diri dah letih nak berjalan.  Separuh nyawa aku dukung dia.  

Sampai di Interlaken kitaorang beli sikit barang (termasuklah beberapa batang aiskrim Rocket untuk Baby SJ) di COOP mini sebelum ambik train balik ke Grindelwald.   Aku tak putus berdoa mintak ada bas dari town Grindelwald ke rumah kitaorang.  Kalu tak ada, masak aku nak kena dukung baby SJ lagi.  Doa terjawab, sekali lagi kitaorang bernasib baik dapat naik bas yang last.  Alhamdullillah.  Tidak kalu, mahu aku merangkak sambil ditunggang baby SJ untuk balik ke rumah. Itulah akibatnya bila berjalan tak sedar diri

Sesampai di rumah, siang masih ada dan memandangkan itu malam terakhir kitaorang akan spend di Grindelwald, kitaorang decide untuk merayau di sekitar rumah kitaorang tinggal.  



 Yang pastinya tak ada tanaman yang tak boleh hidup subur kat sini.  Photo Credit; CK


Sekitar rumah kitaorang tinggal
Panorama di petang terakhir
Photo Credit; CK


Esok pagi kitaorang akan meninggalkan Grindelwald menuju ke destinasi berikutnya.  Sejujurnya aku rasa sedih nak tinggalkan Grindelwald dan yang pastinya aku pasti akan merindui tempat ni.  Grindelwald tersemat sebagai persinggahan favourite aku untuk trip kali ni. 





Monday, August 31, 2015

Misi mencari bangku R.I di Interlaken



Post-post yang seangkatan untuk trip Spring 2015
Western Europe 2015- Intro  
Netherlands - Intro  
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem  
Netherlands - Part2 - Amsterdam city 
Germany-Intro  
Germany-The Journey  
Heidelberg - Part1 
Heidelberg - Part2  
Munich - Part1  
Munich - Part2  
Switzerland - Intro Part1  
Switzerland - Intro Part2 
Lucerne - Part1 
Luzerce - Part2
Grindelwald - Intro
Grindelwald - Kleine Sheidegg
Grindelwald - Jongfraujoch 



Hari ke 3 di Grindelwald kitaorang decide untuk ke Interlaken dan satu atau dua town berhampiran.  Hari ke 3 kitaorang decide tak nak tunggu bas lagi sebab dah boleh agak bas mungkin kurang.  Lagipun hari tu hari Ahad.

Sekali lagi berjalan ke city centre dari rumah.  Kali ni aku check berkali-kali supaya tak lagi tertinggal Half Fare Card.  
 


Bila tengok langit terang hari ni, suara-suara hantu mula berbisik, kenapalah tak pergi Jungfrau 
hari ni.   Aku dah terpikir semalam tapi tak nak ambik risiko hari minggu di Jungfrau.

Gerombolan kambing yang sama macam semalam.  Semua pakai loceng besar penumbuk.


Dari tingkap train

Sampai di Interlaken OST, kitaorang baru perasan ada mini COOP di train station yang buka sampai pukul 9 malam even di hari minggu.  Maknanya boleh beli barang sikit masa nak balik nanti.

Dalam pada tu kitaorang dengan seriusnya berbincang pasal kat mana bangku yang Remy Ishak (R.I) duduk masa berlakon drama Cinta Jangan Pergi (2013) di Interlaken.  Point aku hari tu kenapa set pengambaran tu tak secantik Interlaken sebenar.  Ada banyak pagi port yang cantik.  Kitaorang selaku peminat dalam beras bertumpang sedih sebab Remy Ishak tak di bawa ke tempat lagi best.  Apa yang aku tak tahu masa tu, set pengambaran sebenar drama tu sebenarnya bukan di Interlaken pun.  Patutlah set dia macam biasa-biasa aje. Kesian betul dia.

Interlaken OST: station utama untuk Interlaken

Scenery sekitar main train dan funicular station.  

Dari train station kitaorang jalan kaki ke funicular station untuk naik ke Harder Kulm. Nasib kitaorang baik sebab kebetulan hari tu ada promotion.  Kitaorang sepatutnya dah dapat separuh harga (CHF15 untuk Half Fare Card) tapi hari tu bonus promotion ialah dia charge tiket pergi sahaja.  Return tiket di beri percuma.  Senyum simpul kitaorang dapat jimat duit. 


Biar aku share info pasal Harder Kulm

The Harder Kulm is a 1,322 metres (4,337 ft) high summit in the Bernese Oberland region of Switzerland, overlooking the town of Interlaken.  The summit is occupied by the castle like Bergrestaurant Harder Kulm and adjoining observation platform. The Harderbahn, a tourist funicular railway, links Interlaken with an upper station some five minutes walk from the restaurant. The funicular journey takes eight minutes.
 
Sumber: wikipedia


Sejujurnya bagi aku Harder Kulm biasa je.   Kalau korang belum naik mana-mana gunung, maybe ok ke sini tapi kalau dah naik at least 1 mountain korang akan rasa tempat ni biasa je.  Tapi aku dapat agak kalau datang masa autumn mesti best sebab lagi cantik.  Bonus dia pemandangan Interlaken di himpit oleh dua tasik.  By right, Harder Kulm ni lebih kurang sama ketinggiannya dengan Grindelwald so tak payah sediakan pakaian tebal ke sini


  Papan tanda


Birdview of Interlaken dari Harder Kulm


 Tasik Brienz.  Aku cukup kagum dengan kebiruan air dia


Thunersee (Tasik Thun)

Viewing platform



Mascot Switzerland pakai loceng besar

Panorama Restaurant kat atas Harder Kulm.  Makanan dia nampak macam 
cukup memanggil. Terliur aku
 
Memang best  bersantai kat sini. Cuaca cukup best hari tu


Dari Funicular menghala turun


Turun dari Harder Kulm, kitaorang amik keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Interlaken.  Bandar dia agak besar tapi taklah sebesar bandar-bandar kita.  Banyak jugak terutama kedai jam, souvenier dan restoran yang buka di hari ahad.  Ada ramai pelancong dari Mainland kat Interlaken. 

Apapun yang nyatanya ekonomi pelancongan Switzerland sedikit sebanyak bergantung pada pelancong-pelancong dari Mainland walau apapun atitude yang diaorang ada.  Dan yang nyatanya juga, orang-orang ni jugalah yang beli jam mewah di Switzerland seselamba orang macam aku beli lollipop kat 7-11. Banyak duit diaorang ni.  


Sekitar City Centre.


Kitaorang kemudiannya decide untuk lunch di salah sebuah restoran middle east di Interlaken dan pikir ke mana destinasi selepas tu.  Kat sini ada beberapa restoran middle east dan tak perlu risau pasal makanan jika ke Interlaken.

Untuk yang ada cita-cita ke Switzerland, aku syorkan Interlaken di masukkan dalam iternary korang.  Cantik & worth di lawati.  Ada banyak tempat sekitarnya yang aku teringin nak pergi tapi tak sempat nak pergi itu hari macam Brienz dan Thun.  Sangat terkilan tak dapat pergi sebab dua-duanya cantik.   Moga-moga ada rezeki di masa akan datang.  Amin..

bersambung.....