Thursday, October 16, 2014

Paris - Autumn 2012 - Day 5 - Versailles

Entry yang sebelum ni
Paris_Hari ke 4 
Paris_Hari ke 3 
Paris_Hari ke 2
Paris_Introduction




10.11.2012 
 # Hari ke 5 di Paris 
 # Hari ke 5 overland Western Europe
 

Hari yang super penting sebab inilah reason utama aku datang Paris.  Aku terpengaruh dengan cerita-cerita dari orang pasal Palace of Versailles.  Jadi kena tengok sendiri.  

Entry ni agak panjang sebab mulanya aku nak split pada 2 part tapi bila fikir balik aku decide nak masukkan semua sekali arung supaya gambaran tak terputus-putus



Palace of Versailles

Info pasal istana Versailles ni aku akan selitkan sikit-sikit dalam setiap subtitle nanti.  Official website dia klik chateauversailles.

Lokasi dia agak terkeluar dari Paris di pekan yang bernama Versailles.  Kira-kira 1 jam naik train dari city centre.  Dum dam dum dam, dalam sejam setengah jugaklah dari rumah aku. Sila Rujuk Map bawah ni.



Harga tiket train kalau tak silap dalam €6 return dan caranya kena ambik metro RER C line.  RER C akan bawak kita straight gi Versailles.  Tak sesat punya.  Sampai pekan Versailles, ambik je map kat train station atau ikut je orang ramai & menapak dalam 500m untuk sampai ke gate istana. 

Tiket masuk boleh beli dari entrace istana ataupun ada satu kedai souvenier Palace of Versailles dalam 200m sebelum sampai gate istana.  Mahal €1 tapi tak payah beratur.  Kalau beli di entrace istana, kena beratur panjang.  Ticket untuk passport (keseluruhan - luar & dalam istana) adalah €18.  Kanak-kanak percuma.




The Grand Palace

They call it The Château de Versailles.  Istana utama mula di bina pada 1670s oleh raja Louis XIV.  Istana ni tersenarai dalam Unesco World Heritage lebih dari 30 tahun dan tersohor sebagai salah satu art work tercantik di France.  Istana ni di kuasai oleh 3 generasi raja sehinggalah perang revolusi France dan di ambil alih oleh kerajaan France.


Aku sangat terpegun dengan kecantikan istana ni & tak sia-sia aku decide nak datang Paris sebab nak tengok sendiri istana Versailles.  Aku tak sempat nak masuk kesemua bilik di dalam istana sebab baby SJ meragam dan kena bergegas untuk outdoor sebab hari dah mendung sangat.  Jom layan gambar


 Depan Istana

Belakang istana

Di kenali sebagai The Water Parterres
 
Kat column dinding luar istana.. too many of them sampai aku rasa seram

Interiors
 Salah satu hall.  Semua siling ada paintings.

 King's Chamber

Bilik tidur raja

Tak silap aku, ini The hall of mirrors



The Gardens

Gardens terbahagi kepada beberapa taman, ada grand garden, ada side gardens yang terbahagi betul-betul sama antara kiri & kanan.  Bayangkan,semua ni di bina pada kurun ke 16 dan semestinya dengan bare hands. Dan semua benda kat sini ada nama.

The Royal Walks atau The Grand Canal


The Flora and Ceres walks


The Water Walk

Bacchus and Saturn Walk
Latona Fountain

Apollo Fountain



The Grand Trianon

Grand Trianon adalah tempat raja Louis menjemput tetamu untuk makan sekiranya dia mahukan jauh dari kawasan istana utama
 

Kitaorang tak sempat ke The Grand Trianon.  Masa tu tunggu masa je nak hujan dan aku tak nak miss Marie Antoinne Estate. 

Laluan dan bangunan The Grand Trianon




Marie Antoinne Estate

Ini adalah favourite aku.  Bertahun aku di bayangi  mimpi nak tengok estate ni dengan mata sendiri and hari ni mimpi aku menjadi kenyataan.  Alhamdullillah, itu sahaja yang layak aku katakan.

Marie Antoinne estate adalah pemberian Raja Louis XIV kepada isteri muda dia dan di jadikan tempat persembunyian Marie Antoinne dari normal palace life. Selepas Kerajaan France ambik alih, diaorang berjaya jaga estate ni dengan baik & segalanya cuba di kekalkan seperti asal termasuklah terdapat tanaman sayur-sayuran & haiwan ternakan.  
 

Di sebabkan cuaca yang makin gelap & hujan sudah mula rintik2, kitaorang terpaksa bergerak pantas.  Aku harap aku boleh menikmati lebih tapi apa yang aku dapat hari tu tapi sebenarnya semuanya lebih dari cukup.  Jom layan gambar apa yang aku jumpa hari tu

On the way masuk ke main estate area 






Kawasan utama estate yang mana ada rumah-rumah yang terdiri dari rumah pekerja & rumah Marie sendiri 
 
 Rumah tuan tanah 

Rumah pekerja-pekerja
 







Ladang & ternakan



Sempat cover 80% sebelum hujan kucing-anjing bertukar jadi hujan lebat. Kitaorang akur & bergegas keluar dari estate.  Baby SJ basah kuyup sementara cari tempat perteduhan.  Keluar dari estate kitaorang bersama puluhan visitor lain menumpang di kafe semetara menunggu shuttle datang untuk bawak kami ke entrace.


 Antara yang terakhir aku sempat capture; maple leaves??


Kitaorang berjaya keluar ke entrace dengan shuttle dalam pukul 6 petang.  Masa ni dah malam.  Orang masih ramai walaupun istana tutup pukul 5 (autumn & winter tutup awal). So berlegar sekejap dan ambik train balik ke Marcadet Rue.  

Plan nak jejalan kat pekan Versailles terpaksa di lupakan sebab seluar baby SJ basah (baju terselamat sebab sempat juga bungkus dia dengan rain coat masa hujan start turun tapi tahulah budak kecik mana suka rain coat) dan tak sampai hati tengok dia sejuk.  Sampai rumah dalam pukul 8pm dan by this time seluar dia dah kering.


Bagi aku, hari ni hari yang paling bermakna buat aku dalam sejarah aku travel.  Yey.. budak kampung berjaya sampai ke Versailles. Insyaallah aku akan kembali ke Versailles jika ada rezeki.

 

8 comments:

  1. Cantiknya autumn di Paris. Owh tidak berjaya kunjungi istana ini masa sampai Paris hari itu. Sad. Kalaulah tak perlu kerja kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidayah, maknanya Paris memanggil awak balik lah tu. Betul, kalaulah tak perlu kerja & duit berkepuk. Haha, berangan

      Delete
  2. Ingt mmg kalo pegi paris ni mmg sy akn terjah versailles ni. Aritu pegi pendek sgt harinya. Huk huk

    ReplyDelete
    Replies
    1. John,

      Wajib John. Tak jauhpun dari Paris. Birmingham & Paris bukan jauhpun kan

      Delete
  3. Kalau aku xsesat cari Fountain Michelangelo aritu, mesti aku sempat cover banyak tempat dalam Versailles ni. Aku cuma sempat tawaf palace je sebab sampai pun dah tengahari. Lawa gila ah park dia tu. Ada gak ni angan2 nak repeat Paris semata Versailles je. Nak habiskan apa aku xsempat aritu. Insha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita Bibie. Aku menyimpan angan-angan nak visit versailles lagi sekali. Next time nak start dari outdoor dulu & kemudian baru masuk indoor. Nak terbalik dari crowds.

      Delete
  4. Salam. Kalau spend 4 jam termasuk masa pjalanan to n fro eiffel-versailles, sempat tak cover all attractions kt sana? Tph masa plg ideal tp tak tlalu lama is berapa jam ya. Sedang susun itinerary kalau boleh teringin nk kesini tapi masa yg ada sgt limited. Takut bayar €18 tp tak bbaloi sb masa suntuk. Terima kasih atas cdgn n panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fara,

      Kalau 4 hours di Versailles tanpa budak antara cukup dgn taklah. Suggestion saya, awak avoid crowds.. pergi pagi buta supaya tak buang masa beratur. Make sure awak sampai dlm kul 8 atau lebih awal. Perjalanan train dr city centre kira-kira setengah jam. Dr Versailles train station awak kena berjalan dalam 10 minit ke main gate chateau

      Rasanya dia bukak dlm pukul 9. Sampai terus beratur. Maybe awak kena betul2 plan. 1 jam utk dalam istana. 1 jam untuk main garden. 1 1/2 jam untuk Marie Antoinne estate dan lagi setengah jam untuk jalan balik ke main gate. Eiffel bagi saya petang & terus bawak ke malam yang lagi cantik. Harap membantu.

      Delete