Wednesday, January 28, 2015

Day trip ke Røros, the UNESCO World Heritage site




Røros adalah Unesco World Heritage site yang letaknya dalam 150km dari Trondheim atau 2 1/2 jam dengan keretapi.  Kedudukan geologi dia adalah di dalam negeri (atau lebih tepat bandar pentadbiran) Sor-Trodelag iaitu sama negeri dengan Trondheim.  Used to be a copper mining town di kurun ke 17 dan 18 dan sekarang pekan kecik ni masih mengekalkan ciri-ciri medieval dia.  Populasi di keseluruhan Røros pada 2010 hanyalah sekitar 5500 orang (sumber wikipedia)

Kitaorang berkesempatan melawat Røros (day trip) semasa di Norway.  Pengangkutan kitaorang pergi adalah keretapi.  Tiket keretapi boleh di beli online melalui www.nsb.no atau on the spot dan untuk intercity yang dekat-dekat biasanya harga tiket dia tetap.  Kitaorang bayar sekitar 500 NOK seorang untuk return tiket hari tu. 

 Kedudukan geografi Roros

Tiket paling awal sekitar 9.30 pagi dan sampai di Røros dah sekitar 12 tengahari, maka masa yang ada sebelum hari bertukar jadi  gelap memang padat.  Jadinya kitaorang try enjoy apa aje yang dapat.  Anyway, bandar Røros pun kecik aje.  Sebuah bandar yang unik yang mana aku rasa macam balik ke zaman dulu-dulu.  Aku salute dia orang sebab di sebalik kemodenan sebuah negara maju, tempat ni masih kekal macam dulukala (bukan keseluruhan bandar tapi hampir separuh dari bandar masih di setting lama). 





Scenery sepanjang 2 1/2 jam perjalanan


 Stesen keretapi pekan Røros

Sekitar stesen keretapi.  Sebelah kanan gambar ada orang naik benda yang 
namanya sledge.  Pengangkutan common kat sini. 

 Sledge dari dekat.  Kitaorang berjaya cari sledge untuk di sewa dan bila bawak dia 
memang best.  Tolak je dengan kaki, dia akan mengelungsur laju.Sebenarnya seat tu 
boleh bawak budak kalau nak tapi baby SJ terlalu kecik, maka aku & Encik D gilir-gilir 
guna sledge sementara sorang lagi tolak stroller.



 Pekan Røros

 
Dari pekan kitaorang berkejar ke mining museum tapi bila sampai kata orang yang jual tiket, cuma ada setengah lagi sebelum museum nak tutup.  Since entrance fee pun agak mahal, rasa tak berbaloi nak masuk setengah jam maka kitaorang buat keputusan untuk merayau.  Merayau memang best cuma yang tak best sikit sekali lagi di sebabkan kedudukan geologi Roros yang jauh ke dalam inland, -8 degree di Roros jauh lebih sejuk dari -8 degree di Trondheim.


Inilah dia rupanya UNESCO World Heritage Site.  Unik kan.  Cukup medieval 
dan masih berpenghuni

 Sungai yang beku


 Salah satu dari hanya 2 buah church di Røros


 Mining museum

 Pemandangan dari atas bukit


 Ni aku tak tahu bangunan apa.  Tapi unik sebab di buat dari log

 Budak-budak tengah tobogganing.  Kau ada berani dengan pokok dan tunggul kayu 
di celah-celah route?  Aku tak..



Sekitar 3 petang, matahari mula turun.  Kitaorang pun slowly berjalan balik ke area pekan dan merayau di celah-celah kedai.  Kemudian bila kedai-kedai mula tutup (pada pukul 5 petang), kitaorang sambung lepak di shopping complex sebelum shopping complex pun di tutup tak lama kemudian. 

Sementara nak tunggu train balik ke Trondheim yang ikut schedule pukul 7 malam, kitaorang lepak di train station pulak (ruang menunggu dia ada heater) sambil makan makanan ringan. By 6 petang, pekan Røros dah mati dan cuma bar dan restoran yang masih di buka.  

Jika korang ke sini, memang tak ada restoran halal tapi korang boleh makan di sebuah kedai pizza yang letak tak jauh dari stesen keretapi.  Pizza seafood dia pun sedap.  

Sebenarnya kalau nak tidur di sinipun boleh sebab ada 2 buah hotel kat sini tapi nasihat aku kalau plan nak tidur, jangan datang di hari weekend terutama hari ahad.  Sia-sia sebab semua benda tutup.


 Stesen keretapi bila malam.  Lenggang kan

Train kitaorang cuma lambat beberapa minit dan kitaorang selamat sampai di Trondheim dalam pukul 9 lebih.  

Kalau tanya aku, is it worth to go? Jika korang suka sejarah dan bandar koboi, inilah tempatnya.  Aku suka tempat ni cuma aku wish dia besar sikit supaya banyak benda lagi boleh teroka. Overall, a nice day trip dan satu pengalaman baru. Kata kawan ofis aku yang familynya orang sini, summer di Roros sangat cantik.



4 comments:

  1. Cantiknya tempat ni. Colorful dan nampak bersih je. Orang-orangnya ramah tak?

    ReplyDelete
  2. Siti, Roros ni cantik dan sangat tenang lifestyle orang dia. Nak kata peramah gila tu taklah sebab jurang bahasa tapi Norwegian sangat helpful.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Memang best. Putih saujana mata memandang. tapi kat sini jauh lebih sejuk dari Trondheim. Tahun sebelum tu, kata kawan, suhu kat sini turun sampai -40 degree. Masak

      Delete