Sunday, October 19, 2014

Paris - Autumn 2012- Day 7

Entry yang sebelum ni
Paris_Hari ke 6
Paris_Hari ke 5 
Paris_Hari ke 4 
Paris_Hari ke 3 
Paris_Hari ke 2
Paris_Introduction




12.11.2012 
 # Hari ke 7 di Paris 
 # Hari ke 7 overland Western Europe



Technically hari ni hari kedua terakhir di Paris dan esok kitaorang akan naik train ke London.  Kemungkinan besar hari ni hari terakhir kita orang akan jalan-jalan di kota Paris.  So kena pergunakan hari ni sepenuhnya.

Encik D kekununnya ajak aku window shopping.  Maka keluar masuklah kami ke beberapa buah shopping complexs dan kedai-kedai kecik di sekitar shopping district.  Aku mengaku bab-bab shopping memang aku fail.  Minat & kemampuan tu kurang.  Kalau kat KL pun sama.  Bila masuk kedai macam Zara, Gap, Guess harga lepas convert sama macam kat Malaysia.   Lagipun koleksi dia pun koleksi untuk winter, manakan sesuai untuk kita beli pakai kat Malaysia. 

Cuma yang lebih menarik minat aku pakaian untuk kanak-kanak perempuan dan kedai barangan travel (in particular aku jatuh hati beg Jack Wolfskin tapi tak mampu).  Geram tengok baju budak perempuan tapi tak ada anak perempuan.  Bila aku suarakan maybe kitaorang patut beli spare untuk future pada Encik D, dia kencang-kencang geleng kepala.  Haha, itulah cara kami berkomunikasi selalunya, melalui body languange. 

Lepas late lunch (kita orang beli tapau dan makan di pangkin),  Encik D suggest kitaorang ke Eiffel Tower lagi sekali.  Tawaf selamat tinggal.  So kitaorang menyusuri kedai-kedai dan sesambil tu beli souvenier untuk family & friends.  Di penghujung kedai-kedai tetiba aku ternampak winter coat yang cantik pada mata aku,  Aku ajak Encik D masuk & since kedainya kedai kecik, owner kedai bagi aku diskaun yang handsome.  Terpaksalah beli sebab Encik D dah berkenan sangat.. haha.  Murah je, 80 untuk knee length wool winter coat.  Terus pakai dan dan tu.  Itulah the only thing yang aku beli di Paris sebenarnya.  Puas aku lenjan coat ni sepanjang trip selepas tu. 

On the way ke Eiffel Tower melalui Voei Georges Pompidou iaitu menyusuri Seine River







Sampai di Eiffel Tower sekali lagi aku ajak encik D naik tower.  Encik D gelak malu nak mengaku gayat.  Jumpa sekumpulan Malaysian terdiri dari makcik-makcik yang tengah tunggu anak-anak turun dari Tower.  Sakan jugaklah kitaorang berborak.  Kagum aku sebab walaupun tahap makcik-makcik, semangat untuk travel diaorang tinggi.  Kata salah sorang ni, setiap tahun dia akan travel Europe.  Lepas paris dia orang akan pergi satu lagi negara.  Mesti berkepuk-kepuk duit dia.  


Eiffel malam ni.  Rasanya lebih cantik dari first time hari tu
sebab hari ni langit lebih gelap (hujan kucing-anjing sikit-sikit)

 Eiffel semasa light show.  Cantik gila.  Ada kaler-kaler lip lap

 The Tower peak

Lama jugak kitaorang kat sini.  sempatlah dua atau tiga kali light show.  Penutupan Paris city dengan cun sekali. 

Kitaorang sekali lagi ambik train dai Bir Hakiem station untuk balik.    

 

2 comments:

  1. Ni aku hangin, another light show from the tower? Huwaaa nangis sedusedan jap. Kawan bagitau haritu, view Eiffel dari Bir Hakiem tu lagi lawa. Tapi aku xdan nak pi. Kata 2 hari je kat sana semua aku nak pulun jejak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie,

      Kiranya autumn lagi bagus ke ni. Ni buat aku cuak ni sebab kalau di izinkan Allah aku nak gi Paris bulan April tahun depan.. aku miss Versailles.
      Memang lawa dari area Bir Hakiem. Kitaorang sempat ambik video guna phone masa time liplap tu kat Bir Hakiem sebelum naik ketaapi tapi baby SJ pegi delete kitaorang tak sedar. Haha. Sabar aje. Mana boleh 2 hari kat Paris. Kalau pulun dari lepas subuh sampai ke tengah malam pun, at least 3 hari aku rasa. Terbaik, pilih awai2 mana nak gi.

      Delete