Sunday, August 31, 2014

Cepu

CK menulis



This is my first entry sebagai penulis jemputan blog ni ;)  I haven't traveled to many places. Bukan macam PK yang sentiasa ada itinerary in hand.  Most of the places I've been has been discovered by PK, so I'll just focus on the ones yang dia tak pernah pergi.  This time I'll write about Cepu.  I bet most of you have never heard about Cepu.  I pun kena pergi sebab kerja je... kalau tak takde la kenal mana Cepu tu. I hope this will give a brief overview and what to expect if you are going to Cepu.

I can't really imagine why anyone would go to Cepu, unless it's their hometown.  It's a small town.  Attractions would be outcrops with oil seepage - if you are interested to find oil onshore, sila la ke sana.  Walaupun pekan kecik, tapi kaya dengan minyak.  

p.s: Gambar2 memang tak elok.  Semua ambik guna henpon je... maklum la, pergi pun hal kerja, bukan nak melancong kan...


How to get there?  

To get to Cepu, kena naik flight ke Surabaya.  Dari google map cuma 149km - 2jam16min naik kereta.  Believe me, itu adalah khayalan semata-mata.  It took us about 4 - 5 hours to get there. Be prepared, road condition is not as good as what you think.  Bukan jalan hiway ye... dengan motor, lori dan segala jenis kenderaan atas jalan.  I slept most of the time.  My transportation was arranged by the hotel.  There's also train from Surabaya.  Ni link dia : http://www.railway.web.id/2014/02/jadwal-dan-harga-tiket-kereta-api-krdi.html
Mungkin lebih baik naik train kot.. tapi condition train tak tau le best ke tak.



Location :
Nampak tak merah tu? Situ la Cepu

Cepu dari Surabaya

 Accomodation :

Not much choices.  My advice is if you have to stay there more than 2 days, get the best hotel over there.  Grand Mega Resort & Spa.  There are few other smaller hotels though.  Nama je resort & spa... the first thing i asked when i reached their lobby is the spa.  Quite disappointed when they said that they don't have it; but they can arrange for someone to come to your room for massage.  I requested for one session.. so the next night ada la sorang makcik datang untuk massage.  Can't remember the price but it's cheap.  Dah la murah, makcik tu kena pulak share dengan pakguard sebab pakguard yang arrangekan for the makcik to come... kalau tak dia tak boleh masuk hotel.  Nampak tak ciri2 mengambil rasuah di situ...?  So, bagi je la tips lebih sikit kat makcik urut tu, kesian dia kan... Anyway, no scrub, lulur whatsoever; the makcik can only massage with option to use baby oil or lotion.  Boleh laaa... nak hilangkan lenguh badan naik kereta 4 jam tu.

The hotel

Food :

If you've been to Indonesia, you know what to expect.  They have plenty of places serving gurame bakar. Macam kucing pun ada... makan ikan besar sekor sorang. Other than that, don't wish for anything fancy.  Food at the hotel was quite okay.  Bosan2 makan makanan tempatan boleh la ubah selera to western... lama2 makan makanan orang rasa homesick jugak kan.  The hotel serves nice lumpia - macam popia kat malaysia.


Salah satu kedai yang ada gurame bakar 

The town :

I didn't get the opportunity to spend much time around the town.  Pagi2 along the way I cuma nampak ada orang jual2 tepi jalan - sort of pasar pagi kat Malaysia.  Kedai2 lain tak bukak lagi.  Petang pulak I can only stop at Indo Maret - kedai serbaguna macam seven-eleven.  That's the easiest place to get my needs - megi, kopok, air etc.  There's also a supermarket; Bravo.  Boleh tahan besar la jugak.  They have everything from groceries, toiletries, baju2 etc.  There's where I bought my stock of lulur Bali.

Kebanyakan penduduk sini adalah petani.  Tempat ni ada minyak, tapi keadaan pekan ni langsung tak mewah.  Bukanlah hoping ada shopping complex ke apa kan, but I think they deserve to have better infrastuctures.  Macam tempat2 lain di Indonesia, motosikal memang banyak; and they also have kereta kuda.

Pasar pagi ni memang bukak hari2

Waktu petang/malam. Gambar2 memang tak elok... semuanya ambik dari dalam kereta je

 Surabaya :

I kena jugak selitkan sikit pasal Surabaya.  My total time in Surabaya is only few hours - masa sampai dari KL & masa nak ke airport dari Cepu.  We made a quick stop at Jembatan Merah Plaza on the first day; and we stopped at Pasar Turi on the way to airport.  My brief comment is, if you have limited time and you have to choose between the two - choose Jembatan Merah Plaza.  Pasar Turi is just not worth going - sesak nafas sikit tempat tu.

Some photos around Pasar Turi area

So that's the end of this entry.  Will definitely write again... I have plans for October... can't wait!



















Adelaide 2013 - city --> Brighton --> Morphette Vale --> Port Noarlunga

Kalo belum baca, entry hari sebelum ni, klik sini hari ke 5


HARI KE 6 (22.12.2013)

Fasa kedua journey kitaorang. Hari ni kitaorang ambik kereta sewa & akan drive keluar city.  Samada berpatah balik ke Adelaide petangnya atau bermalam kat luar.  Kebanyakannya patah balik je.
 

Pukul 8, Zul - pekerja tuan sewa kereta datang hantar kereta.  Kereta yang lain dari yang masa dia ambik kitaorang kat airport hari tu.  Macam yang aku tulis kat entry Adelaide-Mukadimah; klik sini, kereta yang kitaorang sewa bukan kereta baru tapi codition tip top lagi.  Cukuplah.  Yang penting tak rosak tengah jalan & murah, sesuai dengan orang yang bajet ciput macam aku.

Bagaimana aku pilih tempat-tempat yang nak pergi tu?. Yang paling utama, tempat tu tak terlalu challenging untuk baby SJ dan tempat yang dia boleh enjoy.  Mulanya aku ada hajat nak pergi Flinders Range (the famous national park di South Australia) tapi bila aku contact local park organisation untuk tanya pendapat dan kata diaorang tempatnya terlalu remote dan kurang sesuai sebab sekarang musim panas takut ada hutan terbakar.   Aku bagi FB link ParksSA supaya kalau berminat boleh contact diaorang mintak nasihat. Selain dari tu aku banyak google dan baca forum. Dan credit to brother Umar yang sewa kereta kat aku tu sebab dia jugak banyak suggest tempat.


Plan aku hari ni nak bawak baby SJ untuk naik miniature train kat Wilfred Taylor Reserve di Morphett Vale sebagai hadiah hari jadi dia yang semalam.  Baby SJ memang suka train. More info, ketip sini mvrail.  So kami siap-siap dan gerak.  Mula-mula isi minyak penuh-penuh dan on GPS.

Kunun-kunun on the way nak singgah di sunday market di tempat nama Brighton sebab bila aku baca weekendnotes.com tempat tu macam best je. Brighton ni dalam 30 minit dari city.  Aku memang selalu ada masalah dengan GPS.  GPS selalu tak nak kawan dengan aku & hantar aku ke tempat lain.  2,3 kali pusing barulah kitaorang jumpa tempat tu tapi takde pun pasarnya.  Cehh.  Tapi tak apa.  Buang masa nak marah-marahlah. Kitaorang teruskan journey.

Morphett Vale 45min drive dari city.  Tempatnya bukan besarpun, macam kampung je.  Plan punyalah baik, schedule dah check beberapa kali  & hari ni sepatutnya ada train service iaitu ahad terakhir bulan december (Dec 22).  Sesampai kami kat situ, senyap sunyi Wilfred Taylor Reserve park. Rupanya kansel last minutes sebab sesetengah australian dah start sambut krismas.  Frust sangat-sangat.  Tapi itulah, kena belajar seni expect the unexpected.  Tapi nasib baiklah Wilfred reserve tu sangat cantik.  Kitaorang ambik keputusan untuk piknik & spend sikit masa untuk explore tempat tu.  One of the best park yang aku experience kat Adelaide.  

 Aman damai tempat ni.

 Bunga liar

tengok orang main miniature race

2 down 1 left. Kitaorang kemudiannya drive ke Pantai Noarlunga, 15-20 minit dari Morphett Vale.  Kali ni berjaya.  Tempat tak tutup.  Mana pantai boleh tutup. Pantai dia cantik.

Pantainya bersih, orang pun tak ramai. Dapat award Australia's Cleanest 
beach in 2009 & 2010.  Ramai memancing kat Jeti.  Anak aku sempat 
jengok ke baldi orang yang  tengah memancing dan komen 'No fish'. Pegh.

Pokok liar.  Kenapa pantai kat tempat kita takde ni eh? 
Kalu dak boleh amik tanam kat dalam pasu kat umah. 

 Nipun aku wish ada kat tempat kita.  Perasan tak camar yang 1st 
gambar tu cuma ada satu kaki.  Aku suka dia & dia macam 
tau-tau je, asyik ikut aku. Ada beratus-ratus camar 
ikut aku sebenarnya sebab aku bagi makan roti.

Kitaorang jalan sampai ke hujung jeti.  Tak lama kemudian patah balik 
sebab tak tahan sejuk.  Sejuklah pulak hari ni. Dalam perkiraan aku sekitar 12 degree.

Kitaorang kemudiannya drive sekitar kawasan tu.  Rupanya area Port Noarlunga tu sangat besar.  Ramai orang kaya beli beach house kat sini.  Aku ternampak wild kangaroo satu masa ni tapi bila Encik D patah balik, kangaroo dah lari. Kitaorang jumpa satu playground yang cantik dan berenti bagi baby SJ panaskan badan dia.  Bukan main suka dia.  Sejam lebih terlekat kat situ.

Port Noarlunga playground.  Best gile playground ni.  Orang tua pun ramai main,
Anak aku tak nak balik.  Dah nak senja baru dapat ajak dia balik.

Kitaorang bertolak balik ke city & tapau Domino pizza (seafood) dalam perjalanan. Sampai rumah dah lewat sikit.  Duduk di North Adelaide ni tak ada masalah parking sebab kawasan perumahan.  System parking dia orang ni berbeza dari satu tempat ke satu tempat.  Kat tempat kitaorang tinggal, 5 p.m - 8 a.m, parking free. Siang kalu parking lebih dari 3 jam kena bayar.  Pandai-pandai lah ubah kereta kalu duduk kat rumah.

Ringkasan utk hari ni yang kalu ikut google Map, kitaorang drive 120 km,
 sila abaikan timing tu.

Adelaide 2013 -Aktiviti Carca Merba

Entry hari sebelumnya; Hari ke 4


HARI KE 5 (21.12.2013)

Hari ni birthday ke 3 baby SJ.  Bila aku tanya dia apa dia nak untuk birthday dia, dia cakap dia nak naik train.  Plan asal nak bawak dia pergi botanic garden tapi sebab dia nak naik train aku kansel plan asal.  Kitaorang pun bawak dia naik tram pergi Adelaide Entertainment Centre.  Aku main redah aje & tak tahu apa yang ada kat situ.  Sampai sana aku nampak ada park berdekatan yang buat pameran miniature cerita-cerita fairytales sempena nak krismas.  Nasib baik. 

 Tak boleh pergi dekat tapi oklah boleh lah buat budak-budak enjoy 
sambil makan aiskrim.  Lagipun f.o.c je kalau nak tengok ni.

Lepas lebih sejam kitaorang biar Baby SJ enjoy, kitaorang pun gerak naik train ke City Centre balik.  Sebelum naik train aku sempat jengok park berdekatan.  Aku memang jatuh hati dengan park kat Adelaide.  Aku biasa dengan pokok dan hutan dari kecik.

Bonython Park.  The simple nature attract me most.

Kitaorang turun kat City West station, dekat dengan South Australian Health and Medical Research Institute.  Masa ni dah lewat petang.  Nak pergi ke Botanical Park dah tutup.  Botanical park buka dari 9.00 a.m - 5.00 p.m sahaja. Dari situ kami jalan kaki ke River Torrents Park yang mengadap ke goverment house. 

River Torrents

Tak ada banyak benda sangat boleh buat kat park ni sebab sesetengah dengan dalam proses improvement.  So kitaorang singgah sekejap aje.  


 Kitaorang kemudiannya berjalan menghala ke Adelaide North dan singgah ke Wellington Square park.  Aku suka park yang dekat dengan penginapan kitaorang ni sebab dia luas dan sangat bersih.  Dia sebenarnya macam roundabout sebab keliling dia ada jalan.  Sementara Encik D melayan baby SJ main boomerang yang baru beli pagi tadi, aku duduk atas rumput melayan burung. Masa-masa ni lah nak rasa dalam hati ada taman sebab sejak ada anak susah nak mengelamun :).



Kitaorang balik bila hari dah cukup gelap.  Rumah yang kitaorang duduk tu cuma dalam 200m dari situ.  Tak sampai 5 minit dah sampai.  Malam tu aku tak ingat apa yang kitaorang makan.  Maybe two of the packed foods yang dibawak dari KL.

Ringkasan untuk hari ni,

Adelaide 2013 - Adelaide Central Market dan Pasar Malam yang tak jumpa

Entry hari sebelumnya kat sini Hari ke 3


HARI KE 4 (20.12.2013)

Lepas Breakfast, kitaorang naik bas pergi Tourist Information Centre di King William Rd. Kitaorang cuba dapatkan information terutama pasal luar dari Adelaide.  Banyak jugaklah info yang dapat terutama pasal whether & kebakaran hutan.  Kitaorang di ingatkan berhati-hati incase ada kebakaran.  Kebakaran hutan agak kerap jadi di musim panas kat sini.  Sebab tu kena hati-hati.  Sebenarnya sepanjang aku kat Adelaide, ada beberapa kejadian kebakaran yang aku dengar.  Kat tempat yang aku pergi ada 2 tempat terbakar selepas beberapa hari aku tinggalkan tempat tu. 

Kemudian kitaorang ambik intercity sguttle bus pergi ke Central Market.  Bila sampai taklah sebesar yang aku ingat.  Kami spend sejam dua ronda-ronda.  Aku memang suka pasar sebab bagi aku pasar adalah tempat terbaik kalau nak mengenali locals.  Terus terang kali ni aku agak kecewa.  Tak yang macam aku expect.  Maybe sebab CM letaknya sebelah Chinatown & kat CM sendiri ramai peniaga Chinese so aku rasa macam pergi ke pasar biasa aje.  Maybe ada yang tak setuju dengan aku.  Tapi janganlah korang ambik serius sangat dengan komen aku sampai tak nak pergi langsung.  Kitaorang pun pergi 2 kali.  Kali kedua untuk beli souvenier. 

Aku seronok tengok harga buah kat pasar.  Summer adalah musim strawberries so strawberries boleh dapat dengan harga yang murah.  Aku beli dengan harga AUD3.99 sepeket.  Rasa strawberries sini memang fresh.  Maha sedap. Encik D & Baby SJ tak suka strawberry, so kejap je aku habiskan sepeket.  Aku jugak suka tengok gerai Cheese sebab diaorang susun cantik.  Kat dalam CM ada tempat makan & satu gerai makan yang halal (Arab). Kalu korang nak datang sini langsung dengan makan kira bolehlah.  Aku ada beli Lebanese bread.  Sedap gila sampaikan housemate tuan rumah pun kata sedap.  Kitaorang selalu share makanan.  Bila kali kedua aku pergi bila nak beli lagi, roti tu dah habis stok.  Terkilan gila aku.


Antara gerai-gerai yang ada


Apa yang ada kat gerai buah.  Cuba compare harga strawberry dan harga 
rambutan.  Buat aku hargai rambutan bila balik kampung.  Kat lampung aku 
orang biar buruk atas pokok je kalu dah banyak sangat dan tak termakan.  
Kalau aku tinggal sini maybe lah sekali sekala mengagahkan diri beli sebab 
aku memang alah dengan rambutan.  Pantang nampak mesti nak.


Aku perasan harga pokok bunga tak murah compare kat negara kita. Tapi memang cantik.

Dari CM kitaorang decide untuk balik Ke Rundle Street & makan kat situ.  Aku rasa Rundle Street ni tempat yang sangat selesa untuk berlegar sebab tulah kita orang suka kat area ni.  Nak makan dan nak gi changing room sangat senang.  Kitaorang makan kat The Swingging Bowl.  Klik sini kalau nak tahu komen aku pasal kedai makan nama The Swingging Bowl ni;  Food.  Lepas makan lepak-lepak jap dan sempat lah enjoy beberapa busking performance.  Aku memang penggemar street performance.  Then petang sikit kitaorang berjalan meninggalkan Rundle street, kununnya nak pergi ke East End area sebab nak cari Summer Night Market.  Jalan punya jalan sampai ke hujung jalan tapi tak jumpa apa.  Aku tak sure aku dah salah ke apa.  Kaki dah sakit so aku ajak Encik D patah balik ke Rundle street.  

 Masa on the way nak gi East End

Kitaorang makan malam kat Rashan Corner di Adelaide Central Mall.  Klik link atas kalau nak tahu pasal Rashan Corner.  Lepas makan sambung tengok busking.  Then aku ajak Encik D cari bas untuk balik ke North Adelaide.  Kemudian barulah kitaorang sedar yang kitaorang sebenarnya tak tahu apa nombor bas dan kat mana nak naik kalau nak balik ke rumah.  Selama ni kitaorang cuma naik free shuttle dari rumah ke city centre dan shuttle service cuma sampai 5 petang aje.  Lanjut baca entry pasal transportation. Aku ajak Encik D slow-slow jalan dan naik bas kalau ada nampak tulis lalu kat North Adelaide tapi sampai last tak ada.  Lama-lama kitaorang pun sampai rumah.  Penat sikit lah tapi kurang-kurang sampai.  Taklah teruk sangat,sempatlah lah capture some good photos.

Clockwise dari kiri; St Peter Cathedral masa malam, Adelaide Oval 
(stadium Kriket yang femes kat Australia) & Cathedral dari side lain.

Sebab kepenatan, aku tidur macam kayu malam tu.

Ringkasan untuk hari ni


Sila abaikan timing, aku cuma nak tunjuk route.


Saturday, August 30, 2014

Adelaide 2013: Adelaide Art Gallery & Sekitar King William Rd.

Yang belum baca entry sebelum ni klik sini;  Entry Day#2


HARI KE 3 (19.12.2013)

Heatwave ada lagi.  Kitaorang dragged sangat nak keluar hari ni.  Kesan bahang semalam pun tak habis lagi.  Tengah berkira-kira nak keluar pukul berapa dari rumah, housemate tuan rumah dah balik dari kerja.  Dia ni student Adelaide University & tengah ambik break 1 tahun untuk kumpul duit.  Dia kerja buruh binaan & dia kata dia tak tahan duduk kat site & sebab tu dia balik awal. Aku tengok muka dia macam udang dalam minyak panas.  

Kitaorang keluar dah dekat nak tengahari, naik shuttle bas pergi ke Adelaide Railway station .  Kepuusan spontan je nak stop kat Railway station.  Jalan-jalan kejap & beli makanan ringan dan pastu kitaorang ambik inner city shuttle bas (free) pergi ke Adelaide's Art Gallery. Tak jauhpun, 2 stop bus aje


 Stesen keretapi dia tak sibuk.  Aku rasa keretapi bukan pilihan 
ramai sebab tu stesen keretaapi dia macam lenggang je.  


Turun dari bas kitaorang lari cari entrance building.  Loh entrance kat belah belakang.  Sekali lagi kena lari.  Aku rasa kalu kat Malaysia kita takkan rasa sebahang ni kalaupun dengan suhu 44 degree sebab kita ada awan tapi kat sini awan memang sangat sikit.  Bright sidenya, langit dia memang bersih & tak puas tengok


Bangunan Art's Gallery. Letak betul-betul sebelah SA Museum

Nak masuk Art Gallery ni strict sikit.  Apapun tak boleh bawak tapi dia orang bagi bawak stroller.  Susu & bag semua kena tinggal luar.  Hall dia ada banyak tingkat tapi kitaorang tak jumpa lift jadi Encik D terpaksa mengusung stoller bawak naik tangga.  Interior dia sangat cantik.  Kitaorang ni sebenarnya tak pandai nak enjoy paintings tapi aku cuba-cubalah mencelah tour sebelum anak aku buat bising.  Art Gallery ni tempatnya sunyi, suara anak aku je dengar.  Lady security dia ikut je kami dari jauh.  Agaknya sebab muka kami bersawang lepas kena panas bahang 2 hari.  So kitaorang tengok sana sini sikit ajelah & ambik keputusan turun.


 Aku suka semua hall dia.  Combination color yang best.  
Ambik gambar di benarkan cuma tak boleh sentuh bahan pameran

Antara paintings kat dalam.  Ada juga painting modern tapi terlupa aku nak ambik

Keluar dari main hall kitaorang masuk ke children creativity section.  Kat situ budak-budak boleh pilih untuk color atau main play doh.  Bahan-bahan di sediakan & boleh bawak balik.  Aku tengok ada orang bawa balik.  Aku taklah,buat melekit back pack aku je.

Kitaorang makan tengahari di Rundle Place lagi.  Lepas makan, aku masuk hypermarket beli grocery.  Aku jumpa student Malaysia yang kebetulannya mak dia datang ke Adelaide untuk tengok dia convo.  Aku borak-borak & sementelah tu aku tanya lokasi The Swingging Bowl (restoran Melayu), rupanya dekat aje.  Adik perempuan tu siap bagi no telefon dia in case aku tak jumpa Swingging Bowl.  Aku dengan pantasnya ajak Encik D cari Swingging Bowl.  Jumpa.  Encik D dengan pantasnya order Teh tarik.  Padahal baru 3 hari sampai sini.  Kan aku dah cakap, tekak Encik D memang tekak melayu. Siap minum kitaorang tapau lauk untuk makan malam (beras dah beli hari pertama kitaorang sampai).

Nak pergi ke Central market macam dalam iternary dah terlambat sebab CM tutup selepas pukul 5.  So kitaorang slowly menyusur King William Rd dan stop kat parks untuk berehat dan bagi baby SJ berlari.  Tabiat budak aktif, kalau tak dapat berlari dia akan grumpy.  Pastu slowly berjalan balik. Hari ni aku rasa macam jauh pulak sebab kitaorang tak guna short cut.  Jalan baru kekonon.

Elder Park & River Torrens

Dari atas kiri clock wise - Cathedral, St Peter Cathedral
& Angelican Church di King Williams Road

Sampai rumah, masak nasi, mandi, makan malam dan lepak tengok TV sambil main arnab tuan rumah.   Hati aku berbunga-bunga sebab bila tengok ramalan cuaca, at least seminggu ke  depan temparature tak panas sangat.   Then berlabuh.  Hari yang simple.

Ringkasnya, bulat putih border hitam tempat yang aku pergi hari tu.  Dot biru tu route kitaorang.  Bukan semua kitaorang jalan kaki, ada yang naik bas.  Tapi bila tengok balik ada rasanya  4km  jalan hari tu.  Abaikan timing tu.  Aku print screen gambar ni dr Google map & ada benda tak boleh hide.


Wassalam



Thursday, August 28, 2014

Adelaide 2013: SA Museum --> South Glenelg Beach

Entry hari sebelum ni klik;  Entry hari pertama


HARI KEDUA (18.12.20313) 

Kitaorang dikejutkan dengan heatwave di hari kedua.  Aku memang tak pernah lagi pergi ketempat yang yang suhu lebih dari 40 degree.  Kat KL pun paling-paling 36-37 degree dan biasanya aku jarang keluar jauh-jauh kalau panas sangat.  Tapi suhu hari tu 43 degree.  Rasa macam terjatuh dalam toaster masa orang bakar roti. 

Dari penginapan di Adelaide North, kitaorang ambik free shuttle bus untuk ke bandar.  Best jugak sebab bas bawak keliling jauh-jauh dan dapatlah sekilas mark mana yang nak datang balik.  Lalu depan Adelaide University & Adelaide zoo.  Driver bus memang baik gila.  Naik bas jangan lupa cakap Hello kat driver sebab itu cara orang sini.  Nak turun pun jangan lupa cakap Thank you.  Driver bas agaknya nampak kitaorang muka confused tak tahu nak turun mana, dia tolong cari map laluan bas & bagi kita orang satu. 

Kitaorang try ikut iternary iaitu pergi SA Museum.  Lagipun ni hari yang tak boleh buat aktiviti luar sebab memang bahang gile.  Sikit lagi aje nak pengsan.  Turun bas betul-betul depan Museum.  Kami berlari masuk museum.  Kebanyakan museum kat sini masuk free, tapi kalau korang nak donate untuk tabung maintenance museum bila keluar karang letak lah duit kat dalam tabung yang disediakan dekat dengan pintu museum.  Tapi jangan ingat sementelah free, museum dia cikai.  Keseluruhan  ada 4 tingkat.  

Tingkat bawah, hal-hal haiwan. Pastu tingkat 2 hal-hal sejarah Austalia . Pastu tingkat 3 hal-hal mining dan geologi.  Ni lah floor paling best sebab aku ni geologist.. sejam lebih lah aku duduk kat section ni.  Inilah museum bahan geologi yang terbaik pernah aku jumpa.  Tingkat sama jugak ada fosil, jadi memang lah rasa macam nak bergolek sebab suka.  Tingkat paling atas ada marine life.  Kitaorang memang leka. Alih-alih tengok jam dah pukul 3 petang.  Patutlah perut dah kempis dan baby SJ dah mintak susu.  

 Tingkat 1

Tingkat 2


Tingkat 2

Tingkat 3.


Tingkat 4.

Keluar dari SA museum, kitaorang jalan cepat2 cari tempat nak makan sebab selain dah lapar kitaorang nak cepat-cepat masuk ke building yang ada aircond.  Iternary no 2 postpone ke esoknya sebab dah lapar.  Kitaorang tuju ke Rundle Mall area yang letaknya cuma seberang jalan besar.  Kemudiannya, ambik keputusan nak makan kat Rundle Place (sebuah shopping complex) sebab Encik D nampak ada sebuah gerai Malaysian - namanya Warong (other half aku ni tekak melayu tulin, kena makan nasi setiap hari).  So kitaorang makan kat situ.  Macam aku tulis kat Adelaide-Mukadimah entry, food dia tu ok cuma aku tak boleh makan tak ada pedas, so aku struggle sikit.    Rundle place ni memang sangat selesa & kami habiskan masa dalam 2 jam kat situ.  Bilik salin diaper baby pun siap ada play area untuk kanak-kanak. Situpun ada hypermarket yang besar.  Kitaorang keluar bila Rundle Place tutup iaitu pukul 5.
 
Dari situ kitaorang naik tram pergi ke South Glenelg beach.  Stesen tram tak jauh pun dari Rundle Mall.  Jalan dalam 200-300 meter nampaklah station tram.  Tak usah takut sesat kat area sini sebab Rundle Mall ni senang je.  Tram agak kerap & cuma ada 2 hala.  Satu hala ke Glenelg, satu hala lagi ke arah Entertainment centre.

Sampai station aku ada nampak machine tiket cuma untuk beli tiket kena pakai card.  Tak silap dia ada agent somewhere situ yang jual card juga tapi aku malas nak lintas jalan dan cari.  Aku try bayar guna card credit aku tapi dia tak accept.  Kat machine tu tulis, dalam tram nanti ada machine yang accept duit.    

Makanya aku cuba membeli tiket di dalam tram tapi aku tak pandai nak guna machine. Manusia pulak agak ramai sebab time orang balik keje. Nak panggil Encik D dia jauh & susah untuk dia datang sebab kena tolak stroller celah-celah orang.  Aku pun try dapat bantuan dari local tapi tak ada sorang pun yang tahu.  Semua yang berdiri di tepi ticket machine suruh aku tak payah bayar tiket.  Ada sorang ni siap bagitau aku yang dah 30 tahun dia naik tram tapi tak pernah pun terserempak dengan ticket inspector. Aku memang rasa cuak sekali dengan rasa berdosa. Akhirnya kitaorang sampai dengan selamat di Glenelg beach. Perjalanan dari Rundel Mall sekitar setengah jam. 

Glenelg beach ni tempat yang wajib pergi kalau ke Adelaide.  Kawasan jajahan dia besar juga.  Siap ada hotel 5 star.  Kedai pun berderet-deret.  Memang happening gile.


Bangunan & monument yang letak betul-betul depan tram stop.  
Top left busker buat performance.


Seagul / camar
  
 Menjelang dan semasa sunset (lebih kurang pukul 8 p.m).  Perfect. 
Aku memang ada penyakit sayu setiap kali tengok sunset.  
Sindrom dalam hati ada taman kah?


Jangan lupa makan aiskrim kalau pergi Glenelg.  Ais krim Glenelg memang jadi sebutan kalau baca forum.  Aku tak makan sebab aku tak suka makanan manis tapi anak aku makan. Dia memang enjoy.  Kali kedua pergi dia sendiri pergi order kat kaunter.  So agaknya memang sedaplah tu.  Tapi harga boleh tahan sikit, sekitar AUD6. Terbeliak jugaklah biji mata masa nak bayar.  Tapi bukan selalu kan.

Overall, bagi aku, Glenelg is a beautiful beach. Aku seriously love this beach. 

Kami kemudiannya ambik tram balik.  Kali ni kitaorang beli tiket tram kat station.  Sampai di city centre Aku & Encik D decide untuk jalan kaki je balik ke North Adelaide.  Sesambil tu kitaorang singgah di Mekong Restaurant untuk tapau tom yam dengan nasi.  Sampai rumah makan, mandi, solat & berborak sekejap dengan housemate tuan rumah sebelum berlabuh.  Hari yang panjang & penat tapi best.

Perjalanan aku hari ni



Tuesday, August 26, 2014

Adelaide 2013 : North Adelaide --> Hindley Street

HARI PERTAMA (17.12.2013)

Flight AirAsia landing lebih kurang pukul 9.30 a.m.  Imegresen Australia seperti yang umum tahu memang cerewet & kitaorang terpaksa beratur sejam lebih baru dapat lepas.  Aku ada bawak makanan segera Brahim's dalam 6,7 kotak.  Maka aku declare aje.  Sekali dengan susu formula baby SJ.  Kena masuk line declare dan hampir semua orang yang declare kena buka beg.  Kitaorang tak terlepas.  Imegresen dia ok je, sempat lagi puji yang nasi beriani sedap (aku bawak nasi beriani segera).  Tak payah risau kalau tak ada buat salah & declare aje kalau tak sure.

Lepas aje dari imegresen kitaorang keluar dan di sapa oleh Zul, pekerja brother yang kitaorang sewa kereta darinya.  Zul hantar kitaorang ke penginapan.  Tuan rumah tak ada tapi awal-lagi dia dah message bagitau suruh aku ambik kunci dari mailbox.  Hebat betul dia orang ni.  Kalau kat Malaysia buat lagu ni mesti balik kerja rumah dah kosong kena rompak.    Encik D yang memang insomia setiap kali naik flight kejap je dah lebur.  Baby SJ pun sama lebur.  Tinggal aku je yang memang jenis susah nak tidur siang terkebil-kebil.  Lagipun aku tidur lena dalam flight.

Aku sempat jumpa housemate owner rumah yang balik dari kerja dan berborak sebelum ambik keputusan untuk keluar tinjau-tinjau bandar Adelaide.  Kitaorang decide untuk berjalan kaki je. Map ada di tangan, so redah ajelah.
 


Hari ni. Clockwise dari atas; Adelaide Oval (stadium kriket antarabangsa), 
Rundle Street, Hindley Street dan Light's Vision memorial.







Sekali imbas,yang berkenan di hati

Kedai-kedai termasuk  Rundle Mall (shopping district) pun dah almost tutup masa kitaorang sampai. Iternary untuk hari pertama lebur.  So kitaorang jenguk sana sini kejap, cari tempat makan, beli grocery dan jalan balik.  Sempat terserempak dengan beberapa Malaysian.  Ada yang macam datang bercuti, ada yang belajar.


Hari ni.  Adelaide waktu malam. 
Clockwise dari atas; Port Road semasa dan sebelum sunset dan   
South Australian Health and Medical Research Institute (SAHMRI) buiding.

Ringkasan untuk hari pertama.  Abaikan timing tu.  Kitaorang xde berlari, berenti sana-sini.  Ambik masa dalam sejam pergi dan maybe 40 minit masa balik.  Aku masih tak jumpa macamana nak hide timing dari google map.

 

Malam tu kitaorang berlabuh awal.  Menyiapkan diri untuk hari esoknya.