Post Melbourne yang lain
Melbourne city - Part1
Melbourne city - Part2
Melbourne - Philip Island
Melbourne - GOR
Melbourne - Wrap up
Kitaorang ke Melbourne pada May 2012. Trip selama 8 hari. Kenapa Melbourne? Aku memang suka Oz dan aku pilih Melbourne sebab aku banyak baca pasal keistimewaan Melbourne. Yang penting dia cantik dan dia seimbang. Bila air Air Asia ada sale & aku berjaya dapat tiket murah ke Melbourne, kalau tak silap dalam RM1800 return untuk 2 adults dan 1 toddler (kurang 2 tahun).
Tiket flight aku peram setahun. Bila sampai masa nak mintak cuti terpaksa guna kaedah jampi. Kerja aku ni setiap kali nak mintak cuti sama macam kes masa jumpa guru besar sebab kena tangkap merokok dalam tandas. Makan masa jugak sebelum cuti aku approve. Dapat aje cuti, hati berbunga-bunga, plan seterusnya di buat. Cuma kitaorang sedikit sedih sebab sebulan sebelum tu kamera DSLR kitaorang kena curi di LCCT selepas balik dari weekend trip di Sarawak. Nak tak nak aku terpaksa pinjam kamera CK yang berwarna jiwang. Hahaha
Apapun jom layan map dulu
Kedudukan geografi Melbourne (Sumber amazingaustralia.com.au)
Bahagian terpenting dalam bandaraya Melbourne di gelar Melbourne CBD (central business district). Apa yang aku boleh kata, Melbourne adalah bandaraya yang well planning. Semuanya teratur dan sangat kemas. Kata travelvictoria, Melbourne bermula sejak 1835 lagi tapi town planning dia tak serupa bandaraya yang di bina 200 tahun lepas. Aku ke Melbourne bukanlah berbekalkan itinerary yang terlalu kemas tapi once di sana, aku rasa senang sebab apa yang nak di cari tak susah nak jumpa (kecuali yang tak betul-betul di cari). Bagi yang mencari idea & kekuatan untuk ke Melbourne, korang pasti tak menyesal pilih bandaraya unik ni.
Melbourne CBD. Yarra River adalah antara ikon kebanggaan Melbourne
Perjalanan dari LCCT ke Melbourne ambik masa sekitar 8 jam. Dan aku silap, aku beli tiket siang. Aku lupa anak aku jenis girang melampau kalau naik flight. Sampai di Melbourne aku dah jadi sayur. Lagi kesian budak sebelah kitaorang, tumpang sama jadi sayur sebab tak lena tidur kena kacau dengan baby SJ. Aku dah mintak maaf dah hari tu dan aku harap budak tu dah maafkan kitaorang.
LCCT to Melbourne
1. Penginapan
Kami menyewa private apartment. Kali pertama aku gunaKhidmat www.windu.com. Wimdu dan Airbnb sama aje konsep tapi biasanya Airbnb lebih meluas coverage. Aku kebiaasaan akan check kedua-dua website sebelum buat keputusan. Apartment yang kitaorang sangat selesa, ada 2 bilik dan full facilities.
Bus stand cuma 20m dari apartment & bas ada setiap 20-30 minit. Kat depan apartment ada satu mall yang rasanya agak lengkap. Aku tak pernah masuk sebab hari-hari aku keluar pagi dan balik malam. Untuk ke city centre kitaorang perlu naik bas ke train station dan kemudian naik train.
Perjalanan ke CBD makan masa dalam 30 minit untuk sampai. Bagi aku, satu-satunya kekurangan apartment ni, dia agak terkeluar sikit dari bandar dan servise bas tamat pukul 9 malam. Kalau lambat, terpaksa ambik teksi untuk balik. Kitaorang ada pengalaman naik teksi dan tambang teksi dalam AUD12.
Bangunan apartment
Accomodation bukanlah masalah besar di Melbourne. Kalau tak kisah share, hostel pun ada banyak di dalam city centre. Kalau nak rasa pengalaman duduk private room pun ok jugak. Pengalaman aku sewa private room di Adelaide dan tinggal serumah dengan owner cukup best.
2. Pengangkutan
KL-Melbourne: Air Asia X
First time naik Air Asia X untuk flight lebih dari 3 jam. No complain. Takde bezanya dengan kapal terbang lain dari segi keselesaan.
Melbourne Airport - Melburne City
Shuttle Bus, tak silap kos dalam AUD17/pax dalam satu hala. Ada satu cerita kelakar di Melbourne Airport. Kitaorang terlupa nak declare dairy product baby SJ. Bila anjing airport datang hidu, aku rasa macam mahu pengsan. Bukan sebab takutkan anjing tapi sebab takut tertangkap. Imigresen Australia kan memang cerewet.
Pengangkutan dalam bandar
Train, tram & bas. Pengangkutan awam diaorang superb. On time dan excellent service. Driver bas akan greet setiap penumpang yang naik. Ini yang buat aku jatuh hati dengan negara downunder ni. Bas jenis sama macam di Europe yang mana driver boleh rendahkan bas untuk memudahkan stroller dan pengguna wheel chair naik dari tepi bus stop. Ada ketika driver akan bangun dari seat driver untuk tolong penumpang. Selain Australia, Norway pun aku pernah tengok service macam ni. Aku memang cairlah dengan service macam ni. Rasa dan-dan tu nak pindah duduk sini.
Kitaorang kebiasaannya ambik 1 day fare ticket untuk unlimited train atau bus ride. Rege dalam AUD7.50/pax (weekend harga jadi lagi murah). Train station dia adalah wheelchair bound friendly. Ada lift di setiap station, so untuk yang plan untuk bawa orang tua atau ahli keluarga yang kurang upaya, Melbourne ada kemudahan untuk itu. Station dia juga sangat bersih dan local pun sangat polite.
Train station
Free Tram Zone service di offer dalam perimeter CBD dan dipanggil CBD City circle tram. Berkali-kali jugaklah aku naik sebab tak payah bayar dan dapat tengok CBD. Selain dari City Circle Tram yang lain kena bayar tapi kalau beli 1 day ticket, tiket tram termasuk package. Mudah aje. Nak cari tram station pun mudah. Ada di tengah-tengah jalan di merata ceruk. Setiap tram ada nombor dan dekat setiap tram stop ada map. Boleh check map untuk tahu nak kena naik tram apa nombor. Ataupun korang boleh download map kat SINI.
Tram
Map untuk semua public transport boleh download SINI
Masa kitaorang pergi dulu, Melbourne baru perkenalkan (atau tukarkan) sistem kad. Aku dah lupa sikit pasal card tapi tak silap aku macam kena beli top-up dan setiap hari beli tiket di vending machine dan baki kad akan tolak dengan harga tiket. Sekarang Melbourne masih guna system kad. Klik SINI untuk bacaan lanjut.
Pengangkutan bila ambik tour
Naik van. Boleh muat dalam 10 orang. First time kitaorang try ambik tour. Rasa pelik sikit sebab cramp dalam van yang tak besar mana dengan orang-orang yang kitaorang tak kenal. Sehari suntuk, dari pagi sampailah malam. Dua kali tour 1 hari, AUD100/pax (toddler free). First time, dapat tour guide local, budak muda yang lincah. Seronoklah jugak sebab dia memang jenis yang happy go lucky. Second time dapat guide dari India, banyak merungut & complain dengan system di Australia. Aku terpikir juga, kalau dah tak suka Australia kenapa tak balik kerja di negara sendiri. Sedikit menganggu jugak sebab kita datang nak enjoy, tiba-tiba dapat tour guide yang macam ni. Kalau tanya aku, aku lebih prefer free and easy ataupun sewa kereta next time.
3. Cuaca
Aku pergi hujung May. Masa tu penghujung Autumn, dah nak masuk winter. Cuaca sejuk jugak. Sekitar 12-18 degree. Kadang-kadang pun hujan. Tapi aku selaku penggemar autumn, kira ok aje. Autumn di Melbourne walaupun bukanlah sehebat autumn di tempat lain (less colorful maksud aku) tapi tetap aku enjoy. Kami spend banyak jugak masa di beberapa park sekitar melbourne. Kena lambung-lambung daun untuk nak dapat feel autumn
Autumn di Melbourne
4. Makanan halal
Tak susah nak dapat makanan halal di Melbourne. Kalau jalan di celah-celah lorong mesti akan jumpa kedai kebab. Kitaorang banyak makan kebab dan nasi arab sepanjang kat sana. Juga salah satu mall ada Malaysian Mamak dan jugak Secret Recipe (Halal & owner dia orang Malaysia). Damage antara AUD8-AUD15 untuk satu meal. Boleh refer halalsquare atau zabihah.com untuk rujukan. Paling mudah kalau tak jumpa specific kedai halal, cari aje Nando.
Makan malam biasanya kitaorang tapau ataupun aku masak. Aku suka buat sup sebab daging kat sana sedap dan senang untuk kitaorang dapatkan bekalan daging halal. Kebetulannya di kawasan station keretapi yang yang kitaorang naik keretapi hari-hari ada banyak kedai jual barang halal. So aku banyak beli barang dari situ on the way balik ke rumah. Sampai rumah boleh terus masak & tak payah defrost.
Footscray area. Ada banyak kedai halal kat area situ. Station keretapi cuma seberang jalan aje.
5. Lain-lain
Melbourne satu bandaraya unik. Modern tapi boleh jumpa nature di tengah-tengah bandaraya. Yang baru dan yang lama seimbang. Aku suka Melbourne dari hari pertama aku jejak kaki di Melbourne. Melbourne lain dari Adelaide dan Perth yang aku pernah pergi. Melbourne lebih metropolitan dan orang lebih ramai. Kalau ada yang teragak-agak bandaraya mana yang nak pergi di Australia, aku recommend korang mulakan dengan Melbourne. Aku rasa 9 dari 10 yang pernah ke Melbourne mesti jatuh hati dengan bandaraya unik ni.
Jom aku belanja beberapa keping gambar melbourne
Tak banyak yang aku nak highlightkan pasal Melbourne. Walaupun korang tanpa iternari, Melbourne tetap janjikan kepuasan. Melbourne sesuai untuk semua orang untuk semua, samada nature atau city lover. Aku pergi dengan preparation sederhana dan ada tempat-tempat penting yang aku missed hari tu tapi aku termasuk dalam 9 dari 10 orang yang aku cakapkan kat atas.
Bersambung...